Saturday, January 8, 2011

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat





Hah.. memula wajiblah letak gambar.. yang haku cilok dari pakcik Google... muahahaha.. makasih ya om..nges nges nges..

kot aku di kata ketinggalan sebab baru nak citer pasal dia nih kan.. ni orang negeri mek ni weh.. sekapal lah.. hahha.. mek suko.. KFCM ..(fuuhh dulu mek baca blog GF dia mek ingatkan kentucky fried chicken malaysia..) sorry dek, mek gurau jer.. ya.. mek salute lah dengan perjalanan karier dia ni.. tak per awak muda lagi, banyak masa lagi nak buktikan kemampuan yang memang sudah terbukti.. uittsss ayat tak hagak kan.. keh khe keh..

Haku bukan nak buat ulasan pasal Khairul Fahmi ni sebab mana2 pun ulasan sama jer kan, lagipun dah macam muak sket lah.. oppsss bukan itu maksud diri hamba ini.. sebenarnya dari minggu lepas aku dok usha 2 3 blog ni kan dok bercerita pasal KFCM ni, bukan pasal karier lah sebenarya, tapi lebih kepada GF.

Haku dah jenguk pun blog GF KFCM tu.. hmmm dia dh lama pun menulis blog.. kisah2 sebelum KFCM ni di kenali umum lagi kan, bagi diriku pacal yang hina ini, tak salah pun cara dia. Cuba kalau si khairul tu tak famous, ada korang nak sibuk pasal GF dia?? ko Hado??? hahaha.. x baik lah sesetengah orang dok kutuk kata tak cantik, tak sesuai ke haper kan. ciptaan Tuhan ni semuanya cantik, ada keistimewaan sendiri. Kalau muka cantik hati hitam cam mana?? nanti ada yg jawap "hati tak nampak" ya betul tu. so tak boleh nak judge orang melalui penampilan dia, lagipun dia kan student lagi.. aku dulu zaman bergelar student lagi lah.. dengan selipar jerpun jer kan.. 

pape pun harap GF dia tabah lah yer.. tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni menjadi milik kita.. wahh tetiba mek jadik baik noq

Isteri pertama parah ditetak madunya..

Dalam metro hari ni, adalah kisah pasal madu bergaduh dengan madu kan.. tak nak tulis semua.. ni kira sikit dari berita tu ya...

Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.

Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.

Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu. - Sumber dari harian metro



tapi boleh pulak si suami yang aku kategorikan sebagai bangang tahap gaban nih kan cakap "Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami"

Dah tahu kurang mampu nak berlaku adil ko pergi kawen dua jugak. pastu giler ker hape pegi letak satu rumah kan. dah tu bini muda tu alahai muda bebenor. Tapi kadang2 ceritanya mungkin versi lain tak tahu lah mana kebenarannya, tapi si suami tu macam nak sebelahkan bini muda jer nampaknya.. aku pulak yang emo

 

My brother's wedding

Ni satu2nya abang aku lah.. the one and only son in the family lah katakan.. nges nges.. aku ni kan adik beradik 4 perempuan 1 lelaki.. hahah.. dia kawen 2.12.2010..aku balik kampung halaman 1.12.2010.. bersama dgn encik suami tercinta, bapak mertuaku.. dgn adik aku yg bongsu.. on the way balik aku telan ubat tahan muntah sbb alahan aku satu, satu lagi sebab aku nk suh tidur (ubat tu blh sbbkan mengantuk kan).. sbb nya mak takut noq naik keta ngan laki mak... fuuhhh cam bawap porche plak (betul ke aku eja.. lantok lah).. sampai part2 dia x tau tu dia tanya lah mak kan.. terpaksalah celik mata sedikit.. masuk highway kul 8 malam, sampai umah parents aku 5mnt to 1am.. fuuhhh.. laju jgk lah...

sampai jer laki aku mmg tido hotel dgn ayah dia lah kan. aku tido umah mak aku.. iman plak tak nak tido aku dah ngantuk yang amat. mak aku lah melayan iman tengok tv.. rasanya kul 3 lebih baru dia tido.. kul 7 anak buah aku bangun tido. apalagi terus di kejutkan iman.. sian anak aku.. sblm ni kat KL bangun tido kul 10 kan.. kat kg seawal jam 7 pagi dah bangun..
pepagi kul 9 kita dah gerak kumpul kat umah makcik haku kat tanah merah... hujan renyai2 jer lah hari tu. kul 10.30 kita gerak ramai2 gi umah pengantin prempuan. akad nikah kul 12.00.
sampai umah pengantin pompuan, iman buat drama sbb tak cukup tidur kan.. sian anakanda ku

pasni aku nk letak gambar jer lah yer.. haha.. malas nk menulis panjang-panjang cenggini... tema dia warna merah putih.. pelamin memang cantek.. simple jer.. anak buah haku si Amsyar lagi lah.. dengan aksi landing lepas akad nikah sampai lah aksi nak mengambik gambar kan.. hahah.. dia jer conquer depan pelamin dah lah baju memang warna merah.. nges nges nges

Amsyar ngan mak

akad nikah..

hokey.. sudah sah sebaai suami isteri.. welcome to the family cik za...

Amer Amsyar... 


the bride and the groom...in red

hantaran dari pengantin lelaki side

hantaran dari pengantin perempuan side

 mak & ayah gue dgn pengantin