Thursday, October 21, 2010

My Father In Law

Dalam FB ada ku update FIL aku nak datang Malaysia kan, hah after raya dia sampai lah rasanya kalau tak silap perkiraan aku lah kan dalam 20hb dia sampai.. aku tak der lah pegi ambik sebab malas nak ngambik cuti kan. dah sampai dekat KLIA adalah dlm 2 jam baru lepas keluar dari imigresen. Bukan lah ada problem sangat sebab nak tunggu check kesihatan jer lah normal lah kan. Husband aku macam biasalah tak senang duduk dah cnggitu kan. 2 3 kali call aku suh call imigresen. Mak layan jer lah Noq. Tak layan kang sentap plak dengan aku.. hahah..

Dah seminggu dok Malaysia dia asyiklah terperap jer kat rumah kan.. Husband aku memangjang jer busy kan. kesian gak aku tengok ayahnya. Aku ni dah lah pemalu kan. hehehe.. rasanya sekali jer lah my husbnd bawak dia keluar pegi KLCC.. tu pun dia kata nak beli parfume kan..

dah asyik dok umah jer pastu dengan masalah yang dia dengar lagi kan tiba2 dia ngadu sakit dada. tak boleh nak bernafas, dengan rasa macam nak pitam kan. so we all bawak pegi Sime Darby Medical Centre (SDMC).. terus ke EMERGENCY punya tempat lah kan. dh 2 jam gitu lah doktor cakap kena admit suspect Dia punya Blood pekat sangat sampai block dianyer Lungs... lebih kurang gitu lah kata doktor.. 30 minit gitulah aku gi urus admission registration sumer2, doktor panggil pulak cakap nk kena masuk dalam Coronary Care Unit (CCU) ni utk org sakit jantung lah kan.. aduss pening den.. dengan mana nak tel en suami yang tak ada di sisi, nak kena sign untuk buat CT Scan bagai.. aku lah tukang sign segala borang kebenaran.. muahahahaa... boleh pulak doktor tu tanya, "are u malay, malaysia?".. yer puan doktor, saya melayu malaysia.... tak caya???.. nak tengok IC tak???.. kkekke

nasib baik lah sehari jer dok kat CCU.. lepas tu tukar masuk wad biasa tapi still aras yang menempatkan pesakit jantung.. ohoho.. hari2 kena cucuk ubat nak cairkan darah.. banyak songeh plak tu FIL aku nih, dah sakit still nak minum carbonate drink gitu.. ish ish ish ... cuba pantang cam mak ayah aku tu, walau ada darah tinggi ke kencing manis ke tetap sihat ke hari ini sebab mak aku memang jaga betul2 pemakanan dia..




Iman's 1st day at Q-Des

 Cuba korang tengok leklok.. muka ngantuk lagi tuh....




Haaa... that day pegi register iman cikgu cakap dia start ambik dari 3 years and above lah.. tu pun dia cakap dah lepas aku bayar segala yuran dan lepas aku balik dalam 2 jam cenggitu lah, cikgu call.. hangin jer aku rasa. tapi dia cakap bawaklah dulu nak tengk iman boleh sesuaikan diri ker tak kan. 

so first day hari selasa sebab isnin cuti kan, bangunkan iman seawal jam 7 pagi.. mandikan dia, siap tocangkan rambut lagi. dah minum susu sumer pukul 8 gitu pegilah hantar. siap cuti lagi tau maknyer. bapaknya biasa lah lepas subuh membongkang balik lah kan. pegi hantar sampai pintu pagar sekolah, cikgu ambik dia. mula-mula okey lagi lah kan. pastu maknya ni pegi lah park keta leklok. dah tutup enjin sumer dengar lah budak nangis .."eh cam suara iman jer tu" terus masuk sekolah dan yes memang iman menangis. so tunggu lah kejap dalam setengah jam gitu cikgu bukak lagu sumer baru lah dia okey.. maknya pun balik lah umah. pukul 11.30 pegi ambik.. masuk jer kereta terus mintak susu.. 

esoknya pulak, x der hal lah nak bangunkan dia sebab semalam dah bangun awal, mandi dengan air panas sumer. pastu nak hantar pun lepas jer masuk kelas maknya dah boleh balik gitu. kul 11.30 gi ambik, teacher kata iman tidur.. OMG.. masuk2 ambik memang tengah best tido atas tilam. hahaha.. dalam hatiku berdetik "aku dulu memang kaki tidur dalam kelas, apakah anakku juga akan ikut perangai maknya yang tak semengah nih".. oh no no no...

3rd day dgn 4th day tu ok jer lah tak ada masalah cuma teacher cakap bila dah start keluar main dia tak nak masuk kelas lagi dah , ni satu lagi perangai maknya time sekolah dulu suka ponteng kelas.. hahahha..

Tulah cerita 4 hari iman g sekolah.. sambung January tahun depan plak lah yer.. ngeh ngeh ngeh...

9 Anak Buang ibu Kuat Makan

Uuuiiihhh.. Tajuk tak leh blah sungguh.. sungguh durjana anak-anak itu. Seorang ibu boleh menjaga 9 Orang anak, tapi 9 Orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu kan. kesian ibu itu. Masa mengandung 9 bulan untuk seorang anak (ko kira lah sendiri 9 bulan kali 9 anak).. perit tu nak mengusung perut, dengan alahan lagi (kalau ada lah), dengan letihnya, kalau orang kaya maybe tak apa lah kot sebab ada maid, ada driver, ko nak gi memana pun orang hantar kan. ni orang kampung. pastu nak beranakkan ko bukan senang woi.. kalau rajin ko google lah cari cam mana rupanya orang beranak tu. sakit wooo.. walau aku bukan bersalin norman ritu tapi mendengar kata kakak dengan kawan-kawan aku boleh rasakan betapa sakitnya nak keluarkan seorang anak. yang cesaerian pun sakit gak ko lepas dah operate, ubat bius dah abis kan..

masa kecik-kecik nak kena salin lampin korang (ko jangan pulak cakap dah tanggungjawap ibu..) ni bukan mngungkit ke haper, tapi sebagai peringatan lah pada anak-anak dia luar sana (termasuk saya sendiri)... pastu ko demam mak ko jugak yang bersusah payah jaga ko kan. Ayah ko sah-sah busy cari nafkah nk suap mulut ko. ko bayangkan 9 orang anak rutin yang sama mak ko terpaksa lalui. tak ada rungutan ke haper. bagi pulak sekolah. bangun pagi2 siapkan korang, balik tengah hari siapkan makanan korang pastu pegi sambung keje lagi. korang dah nak kawen mak korang jugak yang busy ke sana kemari. dah ada anak tu ada pulak yang sanggup suruh mak jaga. tak baik lah cenggitu. tapi tu lah mak kita nih tak pernah merungut kan. korang jer yang sentiasa merungut (aku pun ada jugak kadang-kadang... :)..)

Ni mak dah tua, dah lumpuh, ada yang hilang ingatan, korang dah malas nak jaga. Kadang tu kalau anak lelaki tak nak jaga sebab bini tak nak. peringatan jugak untuk bini-bini sekalian, jagalah mertua kamu macam ibu bapa kamu sendiri. kamu pun belum tahu untung nasib kamu kemudian hari. Pendek kata anak-anak sebelum nak buang mak bapak walau ko kata hantar ke rumah orang tua lebih baik sebab terjaga kan ( tu pun kalau ko rajin pegi jenguk mak ko.. bukannya gi letak lepas tu bertaun-taun tak der tanya khabar yerk)... pikir dulu apa yang dah mak kita buat untuk kita dari dalam kandungan sampai ko besar, tengok muka tua dia. Mak ko tak mintak pun nak g melancong ke luar negara tu sumer, yang dia nak habiskan sisa-sisa usia dia di sisi anak-anak. tu pun susah ke. ko tak tau bila mak ko nak tutup mata, tah-tah kita ni tak sempat nak mintak ampun kan. (ni peringatan untuk diri aku sendiri gak lah)....

fuuhhhh.. panjang gileer menceceh hari nih.. hohohoh.. harap2 pasni x der dah lah kisah-kisah buang ibu bapa ya.. untuk anak-anak termasuk lah diriku ini, hargailah ibu bapa anda sebelum terlambat....

PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA






Walaupun dh 2 minggu berlalu.. baru hari nih nak letak gambar nih kat sini kan. Tapi ada aku kesah.. hahahah.. ni tempat aku kan. dua-dua amat chantek.. suka dengan Dr. Halina, senyuman dia, cara dia, tak fake. she is really gorgeous.. patut lah Dr. SMS terpikat kan.

Tengok jugak majlis live diorang, suasana nampak cam serabut sikit lah dengan meja yang disusun memanjang gitu rasanya sesuai untuk buffet kot. Pelamin nya pun kurang kena dengan konsepnya. tapi paper pun memang cantik mereka berdua, sweet couple..

Gambar credit to KhairulHazwan

Akhirnya Rozaliya Di jumpai

Rozaliya dan ayahnya (gambar dari Hmetro)

Dah pepagi sampai office wajib baca paper di alam maya dulu lah kan.. hohoho.. yer lah lani nk bukak FB dah tak boleh.. oh sungguh kejam di rasakan. Akhirnya jumpa jugak budak Rozaliya nih kan. Sblm ni siap mak ayah cakap di sorok tunang nya lah bagai. Budak baru melepasi alam remaja, dah nak kawen. Kalau ada masalah sepatutnya bincang lah dengan family dulu. Family pun kenalah terima pandangan anak-anak. mungkinkan Rozaliya pernah berbincang tapi di bantah family.. wallahualam.. tak baik nak tuduh2 ni kan. 

yang penting dia pun dah selamat bersama keluarga. lain kali dik sebelum Tunang, sebelum buat keputusan nak melangkah ke alam perkahwinan nih, pikir lah dulu. banyak benda nak kena siapkan terutama mental lah yang paling penting kan. Tapi nasib baik lah sebelum kawen dia sedar kan. Kalau dah kawen cemana tuh. Tak ke kesian cenggitu. papepun harap Rozaliya akan jumpa dengan lelaki idaman malayanya. Lain kali jangan buat gitu lagi no, kesian mak ayah risau kat rumah. kalau di buatnya mak ayah ada penyakit darah tinggi ke, jantung ke tak ke susah. kang menyesal tak habis lah cam tu

CONFIRM.....

Dah seminggu nih rasa cam lain macam dgn debaran maha hebat lagi kan.. sbb apa??? period haku dh lambat.. haish takut nih.. pastu last week dh test tp -ve so kira maybe hormon kot.. semalam balik jer dr office terus berdesup ke Guardian. belek punya belek belilah jugak.

pagi ni bangun pagi-pagi terus check, sekali nampak cam samar2 jer kan. tapi dah rasa macam nk confirmkan jer lah. dh lepas gosok gigi terus tgk lagi dan .. jeng jeng jeng.... +ve... hohoho solat subuh dgn rasa gumbiranyakan. dan dan tgh siap2 nk g ofis my father in law pulak panggil suh tukar gas, aku pun angkat lah tong gas tuh, tetiba berdesupp.. ohh no no no.. lari2 naik tangga kejutkan en suami yang terbongkang tido. bila cakap jer dgn dia, reaksi muka yang aku rasa boleh buat aku sentap pepagi nih. haish.. x der muka excited ke haper sumer kan.. mencinya i.. pastu pikir balik x per lah maybe sbb dia br bgn tido kot. hohoho..

sms lagi encik suami tp x berbalas.. tido lagi lah gamaknya..

Tuesday, October 19, 2010

New Environment

Wah lamanya x update blog aku yg dah hampir naik sawang dah kan.. mak busy noq.. kekeke busy lah sangat.. berpindah ke office baru nih, semua nk kena start dari mula balik kan. nak kena mula buat kawan balik (but i will never forget my fren in previous office... luv u). Tapi.. hahahaha ada tapi. sini masuk kul 9-5.. nk datang keje pun rasanya tak lah jam sangat cam office dulu. dalam 15-20 minit dah sampai.. kalau keluar office sharp pukul 5 tuh sebelum 5.30 dah sampai rumah dah. cepat kan. ni pun aku dah kira time nak chow cin chow dah.

tapi yang malangnya, aku sensorang jer lah kat sini. yang lain2 kat HQ walaupun bangunan HQ kat depan jer, jalan kaki 2 minit dah sampai.. kekekee.. huhuhu.. aku kebosanan yang amat di sini. tapi kalau dok sana pun bosan gak lah sbb tak ada keje nak di buatnya. sini boleh gak aku surf tenet sambil2 buat keje.. tak boleh nak buat benda2 tak senonoh k walau pun I sorang jer dalam office ni. Kamera setiap sudut ko.. kekekee..

bos dah keluar tinggal lah aku bergumbira sorang2. sat lagi kakak cleaner datang adalah teman kejap. hehehe.. k sambung buat keje dulu no.. sat lagi kita tukar topik lain pulak na..