Tuesday, November 2, 2010

Once Upon A time

Ni kisah untuk di renungkan...

Last sunday.. isteri keluar ke majlis kenduri kawannya..Sudah di minta izin dari si suami.. Dan suami merelakannya.. Sebelum pergi, si isteri menyiapkan makanan bapa mertuanya, seperti yang di beritahu si suami bahawa ayahnya amat gemarkan Spaghetti.. Banyak yang di masak cukup sampai ke malam.

Pergilah si isteri ke majlis kawannya dengan hati yang tenang sebab kebenaran dari suami di perolehi dan juga tanggungjawap kepada bapa mertua pun dilunaskan.. Namunnnnn...

Dalam perjalanan pulang ke rumah.. si suami menelefon si isteri dalam keadaan marah...

"I take care of your family, Is this the way you pay me back? how can you treat my father like this?"

Si isteri cuma mendiamkan diri di sebabkan kawan yang ada sama dalam keretanya. Si isteri cuma mendengar bebelan suaminya.. Hatinya menangis, namun cuba di ceriakan di hadapan rakannya..

Semasa si ayah sakit di hospital, Si isteri yang menunggu ayahnya sementara suami menguruskan hal2 berkaitan lain. Semasa ayahnya keluar dari hospital, si isteri yang menguruskan ayahnya. Menyediakan makanan untuk si ayah mertua sehingga ke dalam bilik. Sebab mengikut kata doktor si ayah tak boleh terlalu banyak bergerak. Apa sahaja permintaan si ayah pasti si isteri akan cuba menyampaikan pada si suami supaya di turuti.. 

Hanya dengan satu kesilapan kecil, si suami ungkit segala yang di lakukan. Si isteri yang faham, hanya menangis di dalam hati. walau bermacam yang dikeluarkan dari mulut si suami, tidak di balas walau sepatah oleh si isteri. Akhirnya si suami lembut hati. Keesokan harinya si suami tidak lagi bermasam muka. namun hati isteri yang terlukan tidak pernah sembuh lukanya..

Mengapa begitu si suami. Hargailah si isteri sementara dia masih ada. Bapa mertuanya juga amat cerewet. memilih dalam makanan. Si isteri pulang dari kerja harus menyediakn makanan jika tidak di bawa pulang dari restoran. Moga si isteri tabah mengharungi dugaan dan cabaran..

Suri Cruise Tak nak Adik...

HUishhh.. macam-macam kan.. kekadang pikir gak.. wah cerdiknya Suri Cruise ni... Baru umur 4 tahun dah pandai cakap tak nak ada adik beradik lain sebab tak nak ibubapanya beralih perhatian. ish ish ish.. sungguh bijak.. kecik-kecik dah pandai jelous, dah pandai demand.. hehehe..

Tu kata bapanya lah, Suri bimbang kalau-kalau perhatian ibubapanya akan berkurangan, sebab si Suri ni teramat sukakan perhatian terutamanya dari kedua ibubapanya.. hmm.. macam-macam.. tu sebab dari kecik dah didedahkan dengan populariti bagai kan..




memang comel si suri ni.. tengok gayanya pun menarik.. ngeh ngeh ngeh.. suka tengok cara dia, tepi tiba-tiba terfikir.. cam mana life dia bila besar nanti.. kecik-kecik dah didedahkan dengan benda-benda cenggini. Tapi nak buek cam mano kan.. dah nama anak celebriti, tak boleh nak elakkan lah cenggini..

Monday, November 1, 2010

Aiskimmmm....

hahahaha... pikir- pikir.. apa kebenda aiskim ni kan.. hahah..tu bahasa iman untuk aiskrim.. ya anak dara aku nih tak leh sebut R dengan betul.. ngeh ngeh ngeh



Betapa comotnya iman makan Aiskim.. ni bukan maknya yang beli.. ni bibik depan rumah yang belikan .. hahaha  .. lepas habis tu.. ngamuk2 suh aku belikan lagi.. hohoho.. maknya pun dgn senang hati start keta g kedai beli aiskim cornetto.. hahaha.. iman makan sket jer dah tak nak.. rupanya anakanda ku ni nak yang murah jer.. yes cenggitu lah anak ku...

Perut ketat..

Ada ke istilah perut ketat.. hahaha.. x kisah lah..Alkisahnya.. ahad kan kenduri umah Najwa,.. dia punya makanan marvellous.. hehehe ada plak gulai nangka favourite haku kan.. ish ish ish rasa cam nak menambah nasi jer.. ngeh ngeh ngeh..

Di sebabkan rasa gulai nangka seolah2 ada lagi kat tekak, rasa kecur liur nak makan gulai nangka lagi.. balik keje terus singgah pasar segar .. (actuall tu kedai mini market..hahaha) cari lah nangka.. seb baik ada, balik suh bibik rebus nangka.. Gulai lah ikut cara aku.. hehehe menjadi kooo.. sedapnya.. sampai sekarang perut rasa penuh sebab banyak sangat makan nasik.. uisshhhh.. sedap tak hengattt...

Pemandu Bas tiada Lesen

Ni nak citer sket lah pasal kemalangan maut bas kt genting sempah ritu kan.. ish ish ish.. kesian sungguh.. takziah untuk keluarga mangsa kemalangan .. 7 maut kan.. Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin sudah di takdirkan begitu cara kematian mereka. Tapi bila baca balik paper Metro.. ish ish ish.. rasa marah ngan hangin memang tak boleh nak halang lah kan.. Pemandu bas mengaku tak ada lesen memandu.. cam mana syarikat bas tu boleh bagi kepercayaan kepada manusia cenggini untuk bawak penumpang.. bukan lah sorang dua dalam bas tu kan..

5 Tahun bawak pas persiaran tu tak ada lesen.. hmmm.. kerajaan patut ambik tindakan ke atas syarikat bas persiaran itu sebab kurang rasa tanggungjawap.. ni kes nak untung jer lah. .. Katanya terpaksa driver bas sebab di paksa syarikat bas persiaran berkenaan walaupun tahu dia tiada lesen.. boleh di terima akal ke alasan cenggini.. walaupun dia dah mintak maaf dengan keluarga mangsa, kalau di fikirkan balik memang hukuman yang setimpal harus di kenakan.. 

Sekarang ni nak naik bas balik kampung ke pergi memana ke rasa cam tak selamat jer.. dalam masa sebulan 2 kali kemalangan ngeri berlaku.. mudah2an Roh mangsa yang meninggal di tempatkan di kalangan orang yang beriman (bagi muslim).. Al Fatihah untuk semua mangsa2 kemalangan...

Sunday, October 31, 2010

Najwa's Wedding - part 2

Hari ni 31.10.10.. majlis persandingan Najwa Awatiff & Azizan.. ari tu dah citer part nikah kan.. ni yang majlis resepsi ni.. sesampai saja kat umah pengantin perempuan.. uishhh tu dia panjang sungguh khemah2.. hehehe.. ni wedding serentak najwa & adik lelakinya...

Ni gambar2 pasangan masa akad nikah..

Ni 2 orang pengapit.. heheh.. m classmate jgk...

Of course yg tembam itu adalah aku.. hahahha... mengong sungguh..

Puan Najwa Awatiff

Kengkawan satu U dulu lah ni



Haaaa.. x banyak gambar sangat sebabbbb... ari ni bibik tak ikut.. so kenalah jaga iman jugak.. kot dibuatnya hilang dalam lautan manusia cam mana.. hahaha... poyosss...


yang paling aku nk puji ialah.. lauknya sedapppppppppp.. hehehe.. ya ampun x senonoh sungguh aku kan.. tapi tak kisah lh bukan selalu boleh makan cenggini kan.. hahaha

The Champion....







See... Akhirnya.. piala kemenangan berkunjung jua ke Kelantan.. Semalam nak di jadikan cerita. g makan kedai yaya.. aku dah dgr sket-sket lintas langsung dari stadium lah.. balik keje pun kat atas jalan memang berduyun2 kereta dengan bendera Kelantan.. uishh.. bangga kejap lah kan..

Balik umah kul 8.35, terus aku tukar ke TV1, pak mertua aku ikut jer lah kan.. nk buek cam mano.. hahah.. dengan bangganya aku cakap negeri aku yang tengah main tu. dari dia dok tengok bola omputih tu kan.. hahah.. sedang asyik tengok tu, minit ke 13 impian ku dirasakan hampir hancur berderai bila N9, berjaya menjaringkan gol.. tai tu pun penalti lah kan.. dah 30 minit aku rasa cam bosan sebab ingat kan Kelantan Akan kalah.. hahha.. terus naik bilik bukak CD Madagascar tuk iman.. haha..

Kul 2.30 tersedar dari tidur, keluar dari toilet teringat pasal bola, dengan berdebarnya on laptop.. tgk status kat FB.. wah.. gembiranya.. Kelantan menang 2-1.. Akhirnya.. impian pasukan The Red Warrior dan penyokong2 nya termakbul.. hahaha.. Bangga rasanya.. kekeke... Ahad diumumkan cuti peristiwa bagi rakyat kelantan..