Saturday, January 8, 2011

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat





Hah.. memula wajiblah letak gambar.. yang haku cilok dari pakcik Google... muahahaha.. makasih ya om..nges nges nges..

kot aku di kata ketinggalan sebab baru nak citer pasal dia nih kan.. ni orang negeri mek ni weh.. sekapal lah.. hahha.. mek suko.. KFCM ..(fuuhh dulu mek baca blog GF dia mek ingatkan kentucky fried chicken malaysia..) sorry dek, mek gurau jer.. ya.. mek salute lah dengan perjalanan karier dia ni.. tak per awak muda lagi, banyak masa lagi nak buktikan kemampuan yang memang sudah terbukti.. uittsss ayat tak hagak kan.. keh khe keh..

Haku bukan nak buat ulasan pasal Khairul Fahmi ni sebab mana2 pun ulasan sama jer kan, lagipun dah macam muak sket lah.. oppsss bukan itu maksud diri hamba ini.. sebenarnya dari minggu lepas aku dok usha 2 3 blog ni kan dok bercerita pasal KFCM ni, bukan pasal karier lah sebenarya, tapi lebih kepada GF.

Haku dah jenguk pun blog GF KFCM tu.. hmmm dia dh lama pun menulis blog.. kisah2 sebelum KFCM ni di kenali umum lagi kan, bagi diriku pacal yang hina ini, tak salah pun cara dia. Cuba kalau si khairul tu tak famous, ada korang nak sibuk pasal GF dia?? ko Hado??? hahaha.. x baik lah sesetengah orang dok kutuk kata tak cantik, tak sesuai ke haper kan. ciptaan Tuhan ni semuanya cantik, ada keistimewaan sendiri. Kalau muka cantik hati hitam cam mana?? nanti ada yg jawap "hati tak nampak" ya betul tu. so tak boleh nak judge orang melalui penampilan dia, lagipun dia kan student lagi.. aku dulu zaman bergelar student lagi lah.. dengan selipar jerpun jer kan.. 

pape pun harap GF dia tabah lah yer.. tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni menjadi milik kita.. wahh tetiba mek jadik baik noq

Isteri pertama parah ditetak madunya..

Dalam metro hari ni, adalah kisah pasal madu bergaduh dengan madu kan.. tak nak tulis semua.. ni kira sikit dari berita tu ya...

Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.

Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.

Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu. - Sumber dari harian metro



tapi boleh pulak si suami yang aku kategorikan sebagai bangang tahap gaban nih kan cakap "Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami"

Dah tahu kurang mampu nak berlaku adil ko pergi kawen dua jugak. pastu giler ker hape pegi letak satu rumah kan. dah tu bini muda tu alahai muda bebenor. Tapi kadang2 ceritanya mungkin versi lain tak tahu lah mana kebenarannya, tapi si suami tu macam nak sebelahkan bini muda jer nampaknya.. aku pulak yang emo

 

My brother's wedding

Ni satu2nya abang aku lah.. the one and only son in the family lah katakan.. nges nges.. aku ni kan adik beradik 4 perempuan 1 lelaki.. hahah.. dia kawen 2.12.2010..aku balik kampung halaman 1.12.2010.. bersama dgn encik suami tercinta, bapak mertuaku.. dgn adik aku yg bongsu.. on the way balik aku telan ubat tahan muntah sbb alahan aku satu, satu lagi sebab aku nk suh tidur (ubat tu blh sbbkan mengantuk kan).. sbb nya mak takut noq naik keta ngan laki mak... fuuhhh cam bawap porche plak (betul ke aku eja.. lantok lah).. sampai part2 dia x tau tu dia tanya lah mak kan.. terpaksalah celik mata sedikit.. masuk highway kul 8 malam, sampai umah parents aku 5mnt to 1am.. fuuhhh.. laju jgk lah...

sampai jer laki aku mmg tido hotel dgn ayah dia lah kan. aku tido umah mak aku.. iman plak tak nak tido aku dah ngantuk yang amat. mak aku lah melayan iman tengok tv.. rasanya kul 3 lebih baru dia tido.. kul 7 anak buah aku bangun tido. apalagi terus di kejutkan iman.. sian anak aku.. sblm ni kat KL bangun tido kul 10 kan.. kat kg seawal jam 7 pagi dah bangun..
pepagi kul 9 kita dah gerak kumpul kat umah makcik haku kat tanah merah... hujan renyai2 jer lah hari tu. kul 10.30 kita gerak ramai2 gi umah pengantin prempuan. akad nikah kul 12.00.
sampai umah pengantin pompuan, iman buat drama sbb tak cukup tidur kan.. sian anakanda ku

pasni aku nk letak gambar jer lah yer.. haha.. malas nk menulis panjang-panjang cenggini... tema dia warna merah putih.. pelamin memang cantek.. simple jer.. anak buah haku si Amsyar lagi lah.. dengan aksi landing lepas akad nikah sampai lah aksi nak mengambik gambar kan.. hahah.. dia jer conquer depan pelamin dah lah baju memang warna merah.. nges nges nges

Amsyar ngan mak

akad nikah..

hokey.. sudah sah sebaai suami isteri.. welcome to the family cik za...

Amer Amsyar... 


the bride and the groom...in red

hantaran dari pengantin lelaki side

hantaran dari pengantin perempuan side

 mak & ayah gue dgn pengantin

Sunday, December 26, 2010

hollaaa...

Ya ampun giler bersawang blog haku.. nges nges nges.. di sebabkan alahan mengandung yg di kategorikan agak teruk + dgn kemalasan yang melanda diri semenjak jadik suri rumah tangga ni kan.. hahaha.. bukan stakat nk hapdate.. nk jenguk pun idak.. bukan setakat blog jer.. rasanya laptop pun pgg dlm 10-15mnt jer sehari.. update status FB pun guna BB..

ya saya akan kembali menulis luahan hati dan perasaan.. termasuk perkembangan mengandung saya jgk.. hohoho.. alahan dah kurang.. berat badan pun dh naik balik.. ari tu risau giler x sampai 2 minggu turun dkt 5 kg.. ish ish ish ..

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tahun ni tahun ke2 sambut raya haji kt KL jer.. ish ish walaupun raya haji tetap aku terasa kesyahduan teringat mak ayah kat kampung.. tapi dah Encik suami tak nak balik nak buat cam mana.. tak per mak 1hb 12 kami balik kg na... 

Di malam raya memang aku tak prepare paper pun.. lepas solat Maghrib, bukak Astro Oasis.. bergemalah takbir raya.. makkkk air mata terkeluar juga akhirnya.. walau aku dah bergelar mak orang, sedih tetap terasa bila malam raya kami berdua kat rumah (Actually ber3... pak mertua aku kat dalam bilik)... kalau kat kg mesti busy mak buat rendang bagai.. 

Iman : eh apa nangis..
mama: huhuhuhuhuh... (sambil kesat air mata...yang masih tak nak berenti mengalir)
iman: Jangan lah nangis.. hehehe (Sambil gosok2 kepalaku)


drama sebabak di malam raya.. pagi raya pun tel mak, mintak maaf bagai.. kejap jer ckp sbb takut aku nangis plak. muahahah.. en suami dengan ayah dia pergi tempat korban..
 

Monday, November 15, 2010

AYAH, TARIK TANGAN SAYA NI, KAKI SAYA TERLEKAT

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?Serius aku tengok,” saya menyapa.
 ” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.
 ” Budak perempuan ?Tak boleh keluar dari kubur ?Aku tak fahamlah,” jawab saya. 

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”di kubur kat kampung Batu 10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,tapi belum pun habis kata-katanya,si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. 


” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…kenapa jadi macam ni ayah?” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. 


” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja. Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. 

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

 (COPY FROM FACEBOOK)

Friday, November 12, 2010

Apa nak jadi

Sejak dok rumah ni kan, makin bosan lah pulak. sebelum nak ada mood nak buat bisness jual coklat tu kan.. opppsss dah tercakap yer.. hehehe...

Di sebabkan kebosanan tahap gaban dah, tetiba perut pu terasa nak makan Asam laksa dekat asam house IOI mall kan. dengan pantas dan tuntasnyer kira capai tudung jer, keluar dengan T-shirt jer hahaha.. memang cam minah indon plak aku rasa, ceit.. hehehe.. terus ke IOI mall and park betul-betul atas GSC yang dekat Asam house.. teruslah kita order asam laksa utk mama, and cucur udang untuk iman.. Oh iman tak makan pun, semua di habiskan oleh mamanya.. hehehe..

dah siap tu kita balik lah, sebab tujuan datang tadi memang sajer nak makan asam laksa kan, dah habis chow lah. malas nak merayap ni. nak naik escalator tuh kena lalu satu tempat yang main game tu.. apa ke nama tah.. kat pintu tulis "di larang masuk bagi yang berumur 18 (ker 16 ek) tahun" tapi aku tengok dalam tu ada sorang budak lelaki umur lebih kurang 5-6 thn kot.. mak dia pun ada pegang baby.. ish ish ish kecik-kecik dah ajar anak-anak main benda cenggini. kang dah besar anak-anak ponteng sekolah pulak gi tempat-tempat cenggini.. sapa yang salah.. time tu mulalah salahkan orang lain, kononnya pengaruh rakan sebaya bagai lah kan.. 

Bagi aku yang kuno nih, tak elok dedahkan anak-anak kecik dengan benda-benda macam ni. Anak aku pun kalau bapaknya nak belikan mainan yang tak semengah ker, ape-apa yang aku rasa cam tak berbaloi baik tak payah lah. sebab apa?? tak nak lah ajar anak dari kecik semua dapat kan. biar dia ada usaha sket bila besar. Tak lah asyik kalau mintak jer dapat. Rosak anak aku nanti.. 

Tapi pendapat orang lain tak tau lah. cumanya doa ku hari-hari agar di jauhkan anak-anak dari kesesatan. di pelihara iman mereka bila besar. jadi anak yang soleh & solehah kan.. hehehe