Monday, January 2, 2012

Lawatan sambil mengenal haiwan

Di sebabkan new year incik suamiku amat lah busy kat restaurant dia, makanya aku pun apa lagi, ajak lah dia gi jalan2 bawak anak2 kan.. *yg sebenarnya maknya ni memang dh x leh dok rumah dah.. dh bosan tahap gaban dah.. muahahaha..jadi kita jadikan anak2 sebagai alasan... sbb dh tak tau nak gi mana.. maka Zoo negara lah destinasi kita.. hahaha..


muka ceria anakanda.. "mummy, i can see giraffe" *sekali ko sebut mama, sekali ko sebut mummy.. kang ada plak ko sebut amma nanti ni..


ai suka gambar ni.. menunjukkan betapa penyayang nya apak ko kan.. hahaha.kekeke.. hokey lah kan..


muka x puas hati budak demok sbb kena dok dlm stroller jer kan x leh keluar2..


pastu si kakak punyalah banyak cakap.. kejap2 tanya "mama, mana penguin?" aiyoo anakanda, mama dh ckp penguin last sekali kita tgk. Tapi best lah sbb iman dh besar, excited nk tgk binatang2 tu sumer kan.. dulu dtg masa dia x sampai setahun pun lagi.. ni dh kenal elephant, giraffe sumer.. mak suka noq.. 


kakak happy lagi masa ni sbb baru2 start kan.. si demok pun x buat okestra lagi lah.. asyik2 gambar depa 3 kan.. gambar tuan tanah di banned sbb terlebih size.. hahahha.. mencik tau.. x kuncup2 gak i ollsss ni.. asyik mengembang je..


masa ni aku tengok haiwan ni.. eh lembu kot kan tiba2 tgk montot dia.. kenapa color lain kt situ ek.. ahahha.. okey sekian sahaja..

time ni iman suka yg amat ko.. x nak gerak2 dok situ.. orang utan ni ada 2 ekor dalam tu.. so iman pun cakap lah


"mummy look, mummy gorilla angry to baby gorilla" dia bantai cakap tu gorilla.. eh I x malu hokey ... padahal time tu mak ko buat2 x dengar pastu nyorok2 belakang apak ko.. kekeke.. pastu sweet je cakap kesian mummy gorilla tu.. muahahaha.. 


i loike this pic.. tak tau kenapa.. hahaha


okey lah tu je nk citer.. lappy rosak sbb tu lambat hapdate

Kisah sedih saya

Tahun baru di buka dengan kisah sedih jgk.. Kira penutup 2011 kisah sedih, pastu pembukaan 2012 pun kisah sedih... Tapi x pe saya redha... Eh redha ke pasrah ek.. Bak kata mila dlm ombak rindu "redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah" heheehehe... Jiwang siot kan.. Giler x, 2 hari aku dok ulang tayang citer ombak rindu sampai lebam.. Haaha...

2012 di buka dgn kisah laptop rosak.. Tetiba bila on screen tetap blank je.. Macam fill in the blank gitu.. Panggggg *bunyi orang kena lempang... Hahaha... Tak tau lah kenapa. X kan lah nk suh beli baru kot.. Tapi aku rasa cm ada kaitan dgn budak demok ni... Dia selalu panjat lappy aku masa apaknya dok main game... Cm mana nk explain pun x reti.. Haish..

Pastu BB aku plak buat hal... Button cam larik function.. Ni pun sbb budak demok.. *sorry dik selalu jadikanmu alasan.. Haahaha. Sbb budak demok ni suka masukkn BB I yg cumellsss ni dlm mulut dia. Pastu air liur dia meresap masuk dlm keypad. Agaknya air liur ko ni dik ada asid x? Hbh rosak tepon mak ko. Tadi blk zoo negara terus gi repair. Sian I tau, kos repair kena tanggung sendiri. Apak ko x nak bertanggung jwp.. Mencikkkkk...

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012





For last year's words, belong to last year's language,
And next year's words, await another voice.
And to make an end, is to make a beginning.

May the new year bring a beautiful dawn to your life which is colorful and pleasant as you are. Wish you and your family a JOY, PEACE,LOVE, HAPPINESS around the world. Happy new year 2012




Friday, December 30, 2011

Kisah sedih dua hari berturut2


I sedih tau uollsss... Sob sob sob.. Semalam,khamis, pukul 6 ptg tu I ollss terus lah packing2 barang, sap sap soii jalan laju2 nak blk keje kan. Dengan gumbiranya pegi dekat kereta. Pastu tekan alarm, tett tett (siap ada sound effect tu).. I buka pintu, pastu masuk dalam kereta.. Masukkan kunci and pusing key nak start enjin ni, sekali keluar bunyi gini teeeeeettttttt... Ayark.. Pesal keta aku ni.. Banyak kali try pun x leh jugak. Aku dah gabra dah, dengan berpeluh lagi sbb aircond x dak kan.. Hahaha budget diva kan..

I pun keluarkan phone terus cari no incik asben terchenta
"my car cannot start" suara mmg aku buat sedih.. Ko tau dia jawap apa

" ask anyone there to take a look what is the problem"... 

Aku terus berdesup angin naik ke kepala.. Masa ko ada kat malaysia ni lah aku nk mintak tolong ko, nak bermanja2 kan...boleh ko jawap mcm tu.. Sedih tau hati I.. Sentap rasanya.. Terus aku jawap dengan nada yang sayu 
"its ok. I try my best" pastu terus letak phone..


Pikir punya pikir, baik aku gi beli eskrem dulu makan2 kan.. Konon2 nak tenangkan pikiran lah. Sekali dia call ckp dalam cab nk dtg jumpa I, terus I suka tau. Keta dia, dia g tinggal kat restaurant sbb katanya senang depa kat restaurant nk g beli barang2. Boleh gitu. Dia dh dtg dgn cab, pasang wayar jumper tu x leh nk start jgk. Aduhhh pening plak aku nk pikir cam mana nk buat ni. Sekali abg cab tu suggest tukar bateri dgn keta dia dulu, pastu bila dh start dia ambik blk bateri dia. So dh on semua, tetiba bila abg cab tu pasang balik bateri kat keta dia, x leh hidup plak cab dia.. Hahaha.. Vongoks tul aku rasa petang smlm. Dh setengah jam godek2 dapatlah start cab tu tapi radio dia rosak sbb ada wayar ke apa yg terbakar masa tukar2 bateri. Incik asben saya pun byr lah ganti rugi + tambang + upah abg tu tlg.

Hari ni I bawak keta laki I dtg kje uollsss.. Sebab keta I x idup lagi. Smlm I paksa laki I pg ambik keta dia kat restaurant.. Hahaha kejam x agak2.. Tadi I nak balik rumah lunch hour kan.. Tetiba sampai dekat kereta, sekali sebijik tayar kempis.. Ya Allah, apalah malang datang bertimpa2 ni. Terus hati jadi sedih. Tak tau kenapa dalam masa 2 hari banyak kejadian berlaku. Dengan keta aku rosak. Keta dia pulak tayar bocor. Bila aku call dia pun, dia mcm sedih lah jugak kan. Nak buek cam mano. Ptg nanti tunggu dia dtg tukar tayar dulu lah.. Hadoiyaiiii

Thursday, December 29, 2011

Erti sebuah ingatan

Alkisah sebelum ni I balik rumah, lepas tu bercerita dengan incik suami I yang terchenta.
" U know baby, (ceh perasan baby.. Walaupun tua bangka.. Hahaha) my boss will go to Macau tomorrow with his wife. He bring his wife to go holiday" dia diam je sambil main game dkt tab dia tu.. I ollss pun sambung lah lagi.. "His wife is very lucky, her husband will bring to go holiday as her birthday gift"

Pastu incik abangku pun berhenti main game "that is because your boss is rich, he can bring his wife for holiday anywhere".. Part ni I ollsss tercabar sket.. Terus lah I ollsss bangun pastu membelakangi dia konon2 nak sorok rasa sebak di dada ni lah..
"Its not about bring wiife for holiday, or buy expensive gift for his wife birthday but its about how u appreciate your wife. Remember the important date in your life. My boss wife very lucky. Me, I have to send sms to my husband every year to tell my birthday" sebak di dada hanya tuhan yang tahu..

Incik suami terdiam seketika pastu dia pun menjawap dengan suara yang slow je " yes its true. I don't remember your birthday, our children birthday also. I have to learn to remember this.." Tetiba aku macam tersedar dari mimpi.. Eh anis x baik ko cakap macam tu dengan laki kau. Sebelum ni, bukan harijadi ko pun laki ko belikan jugak handbag mahal, barang kemas, kasut, baju semuakan.

Itulah, sebagai wanita aku bukan x appreciate apa yg dia dh beli kat aku. Aku kadang nk gak perhatian kan. Nak gak bermanja2 dgn incik suami, ok kita anak2 balik kampung pastu kita feeling2 honeymoon kat rumah sendiri.. Hahaha kau mampu?? Lepas tu aku pikir balik, memang aku x leh salahkan suamiku lah kan. Dia memang jenis yang susah nak ingat tarikh2 ni. Dah 4thn lbh aku kawen, mmg dia x pernah ingat tarikh harijadiaku ke, tarikh kawen ke.. Aku memang akui suamiku itu bukan seorang yang romantis..

Pastu ada satu hari tgk citer yang hawaii five o tukan, laki tu bagi bunga sekuntum kat pompuan tu. Terus si suamiku berkata "u know baby, in europe if u give flower means u love her" aku pun apa lagi, terus ambik peluang untuk meluahkan lagi rasa hati... " Its not only in europe, every where is like that. Maybe in your country only didn't do like that"... Cakap muka tak pandang laki tau.. Gile kerek kan.. Kang sekali kena lempang baru kau tau.. Hahaha...

"In my country also same" ayat bela diri dari encik Camara.. "But u never give flower to me" terus keluar ayat aku.. Yang terus membuatkan dia terdiam.. Terus tukar channel tv.. Hahhaa giler kejam bini kan.. Harap2 dia ingat birthday aku thn depan, pastu bg bunga sejambak.. Bang, I tak mintak intan berlian bang, I nak ingatan abang dengan bunga sejambak.. Tapi kalau abang nak belikan intan berlian I terima bang... Hhaaaaahahahahaktuiiiii... Goli tokak den... Sekian sahaja...

Rumah idamanku...

Sempena mengisi masa terluang kat ofis ni kan.. Marilah kita bercerita pasal angan2 kita yang x tau bila akan tercapai.. Eh tapi bagi aku angan2 tu penting.. Sebab dari angan2 tu aku akan jadikan impian aku dan berusaha dengan gigihnya untuk menjadikan dia realiti.. Muahahaha ayat x leh blah kan..

Masa gi jalan2 kat pd tu aku ada nampak satu rumah ni atas air. Dia dekat satu apartment nama apa tah.. Cantiknya ya ampun rumah ni. Aku x tau sapa tuan punya rumah ni. Kalau aku kenal lah kan, nak je mintak jasa baik tuan tanah nak merasa tido satu malam umah dia. Agak2 ada tak yang kena lempang ni. Hahaha... Masa tengok rumah ni kan aku dah pasang angan2..

Petang2 bersantai kat balkoni ke deck ke yang dia panggil tu sambil tengok laut yang terbentang luas, dengan matahari terbenam.. Sungguh mengasyikkan.. So romantik.. Auuwww... Giler gatal kan.. Pangggg.. Kena lempang ngan laki aku.. Hahaha padan muka.. Cantik kan..

Pastu ko rasa bosan ko pasang pancing bleh pancing ikan.. Eh ada ke orang pancing ikan kat situ ek.. Tetiba malu.. Lari2 sembunyi celah langsir.. Bahahah.. Pastu nak lagi romantik, ko pasang buaian yang macam dekat beach2 kat bawah umah.. Kira nanti ko akan berada dia antara lantai umah dengan air laut.. Hahaha sekali datang jerung terus ingat ko ni dugong, sesedap rasa je ngap ko kan.. Tapi rumah ni memang mengasyikkan aku..

Incik suami silalah bekerja dengan lebih gigih nanti buatkan saya umah gini satu eh.. X mampu kat laut gini kat tepi sungai goloks pun jadiklah kan.. Hahaha.. Nak mampos kena bom nanti, x pun kena hanyut banjir.. Ok lah sekian, terima kasih sebab memberi laluan saya merapu di pagi khamis yang mulia ini..

Wednesday, December 28, 2011

Kemewahan anak Cruise

Mak aiii.. Aku memula tengok tajuk ni dalam kosmo, fuhh marbeles jadik anak orang kaya nih kan. Kononnya mak apak si Suri ni sewa tempat luncur ais untuk budak ni jer selama sebulan. Maknanya orang lain x leh guna tempat tu, dia sorang je yang. Boleh guna.. Ko tau harga sewa dia berapa??? RM 16k sebulan.. Fuhhh.. Gaji aku 5bln tu.. Kayak siot mak apak budak ni.

Pastu untuk hadiah krismas pulak. Tom dengan Katie sanggup beli kuda poney untuk si Suri ni yang berharga RM410000.. Fuhh dh boleh beli sebijik rumah dah. Anak baru umur 5 tahun. Tapi cuma tengok gaya dia. Memang menjadi pujaan aku yang dah tua bangka ni jugak lah. Nak jgk nanti anak aku gitu tapi x de lah pakai baju mahal cam anak dia kan.

Hadiah krismas tu termasuk subang berlian ko.. Ko ada??? Ko mampu?? Kalau x de diam je.. Meleleh ayaq liuq aku nih haih.. Seronok agaknya jadik anak orang kaya kan. Ko cakap je nak apa semua mak apak ko tunaikan. Anak tunggal pulak tu. Tak bertuah lagi namanya? Kalau aku lah wah happynya. Hmmm.. Tapi aku tetap bersyukur lah kan. Walaupun aku x sekaya mak apak si Suri ni, tetap aku sediakan apa yang termampu untuk anak aku ni kan. Harap2 anak aku nanti membesar jadik manusia yang reti bersyukur lah kan..

Sekian celoteh di hari rabu.. Hehehe