Sunday, November 7, 2010

Som Tam

 Ini adalah som tam.. fuuhhh kecur liur aku tengok walau hanya gambar.. nges nges..


Ni lah lebih kurang bahan-bahan dan juga cara-cara nak buat som tam..

Ikut apa yang di baca.. Som tam asalnya dari Thailand yang juga di panggil Som tum ataupun Tam bak Hung... wah belajar pengetahuan am lah pulak.. hehe..
Alkisahnya petang tadi nak pegi jalan-jalan rumah sahabat ku sedari sekolah rendah lagi lah.. Puan Zulawati.. umah dia kat puchong puteri.. dah dalam perjalanan tuh ternampak giant, teringat masa aku nak makan som tam masa bula posa ari tu, kawan aku mok kak suh gi beli kat situ lah.. so terus aku melencong ke Giant Puchong Puteri..

Dengan Malu-malunya aku tanya kakak yang jual tu "Som tam Ada?".."Ada.. mau berapa?".. hahaha aku pun apa lagi.."Saya nak 3 bungkus ya.." nges nges.. 2 bungkus bawak makan umah kawan aku.. bestnyaaa... lagi sebungkus aku bwk balik makan kt umah.. sedap nya sampai skrg pun still terbayang-bayang keenakkannya..
Masa bulan posa tu try lah nak buat kan.. tapi hancusss.. beli betik, betik plak dah masak, pastu tak de gula khas dia plak tu.. memang tak sedap langsung lah nak makan pun.. ni dah terubat rasanya.. cam esok nak pegi beli lagi jer.. hehehe

Saturday, November 6, 2010

Gunung Merapi memuntahkan isi perutnya





Maha Besar Allah.. Gunung Merapi makin galak memuntahkan debu panas dan lahar dari perutnya.. Sudah mencecah ke angka 100 korban letusan gunung merapi..

Ada juga mayat yang di jumpai sedang berbaring di atas katil ketika debu panas mencecahkan kaki ke kawasan kediaman mereka.. sedih melihat keadaan ini.. dua bencana alam sekaligus.. Tsunami juga berulang kembali.. Apakah kita masih sempat untuk kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta sekalian Alam ini??

Diharap agar kaum keluarga yang kehilangan Ahli keluarga agar tabah menghadapi dugaan hidup ini.. Al fatihah untuk saudara se islam yang meninggal dunia, kembali kepada penciptanya dalam kejadian ini..

Thursday, November 4, 2010

akhirnya asam laksa sampai ke perut...

yezzaa.. dah 2 3 hari ngidam nak makan assam laksa kan.. tak jugak dapat-dapat.. benda-benda cenggini kena carik sendiri lah yer.. sebab nk suruh laki aku pegi beli.. adoiii cam susah dia nak menyebutnya kan.. ngeh ngeh ngeh..

hari ni ada alasan nk keluar lah kan.. nak gi beli bedsheet tuk bilik bapak mertuaku.. hehehe.. berdesup gi ioi mall kul 10.30 pagi.. ooo masih awal.. dah dapat apa yang di cari akhirnya kita cuci2 mata.. sekali food court kat jusco dah bukak.. ingat nak makan sizling sekali kuah dia tak masak lagi lah pulak.. hmmm.. kita makan jer lah asam laksa, walau aku tengok kuah dia cam tak sedap jer.. heheh..

dah siap bayar, ambik makanan dok kat meja. iman cuma minum air milo jer.. sekali makan.. hmmm tak sedapnya.. nak pegi kat assaml house awal lagi mesti tak bukak ni.. haish.. akhirnya telan gak lah separuh.. tak pe nanti ada masa kita pegi lagi..

Hmmmm...

Semalam tak sempat nak mengupdate kan.. semalam alkisahnya aku gi klinik nak buat check up.. atas nasihat kawan ku jugak suh g scan nk tgk baby punya heart beat normal ke tidak kan..

Pergilah ke klinik dekat rumah jer lah kan.. doctor buat urine test cakap yess its positive lah kan.. then nak scan.. tiba2.. ish iish mendebarkan aku sungguh.. doktor cakap estimate pregnant is 8 weeks, tapi kenapa nampak kecik jer bila scan.. duuppp jantung cam berhenti berdegup jer.. 

Dah dekat 30 minit doktor tu check punya check kan... so conclusion nya, doktor cakap maybe yes pregnant tapi tak menjadi.. janin makin mengecil sebelum gugur.. untuk kepastian lagi seminggu nk kena pegi check balik.. Mintak2 tak ada pape lah kan.. risau lah jugak..

Tuesday, November 2, 2010

Asam laksa...

Wahhh.. tetiba saya teringin nak makan asam laksa.. uish kecur liur rasanya.. hmmm... sekarang saya tengah berfikir kat mana asam laksa yang sedap ya.. hehehe


Sedap kannnnn... 2 3 hari nih asyik dok makan MCd jer lah tuk lunch.. bosan sungguh.. x der orang pun nak ajak saya pegi lunch.. sob sob sob sedih tau..

Gaji dah dapat so apa kata kita g cari asam laksa yang best sekali.. ish ish ish

Once Upon A time

Ni kisah untuk di renungkan...

Last sunday.. isteri keluar ke majlis kenduri kawannya..Sudah di minta izin dari si suami.. Dan suami merelakannya.. Sebelum pergi, si isteri menyiapkan makanan bapa mertuanya, seperti yang di beritahu si suami bahawa ayahnya amat gemarkan Spaghetti.. Banyak yang di masak cukup sampai ke malam.

Pergilah si isteri ke majlis kawannya dengan hati yang tenang sebab kebenaran dari suami di perolehi dan juga tanggungjawap kepada bapa mertua pun dilunaskan.. Namunnnnn...

Dalam perjalanan pulang ke rumah.. si suami menelefon si isteri dalam keadaan marah...

"I take care of your family, Is this the way you pay me back? how can you treat my father like this?"

Si isteri cuma mendiamkan diri di sebabkan kawan yang ada sama dalam keretanya. Si isteri cuma mendengar bebelan suaminya.. Hatinya menangis, namun cuba di ceriakan di hadapan rakannya..

Semasa si ayah sakit di hospital, Si isteri yang menunggu ayahnya sementara suami menguruskan hal2 berkaitan lain. Semasa ayahnya keluar dari hospital, si isteri yang menguruskan ayahnya. Menyediakan makanan untuk si ayah mertua sehingga ke dalam bilik. Sebab mengikut kata doktor si ayah tak boleh terlalu banyak bergerak. Apa sahaja permintaan si ayah pasti si isteri akan cuba menyampaikan pada si suami supaya di turuti.. 

Hanya dengan satu kesilapan kecil, si suami ungkit segala yang di lakukan. Si isteri yang faham, hanya menangis di dalam hati. walau bermacam yang dikeluarkan dari mulut si suami, tidak di balas walau sepatah oleh si isteri. Akhirnya si suami lembut hati. Keesokan harinya si suami tidak lagi bermasam muka. namun hati isteri yang terlukan tidak pernah sembuh lukanya..

Mengapa begitu si suami. Hargailah si isteri sementara dia masih ada. Bapa mertuanya juga amat cerewet. memilih dalam makanan. Si isteri pulang dari kerja harus menyediakn makanan jika tidak di bawa pulang dari restoran. Moga si isteri tabah mengharungi dugaan dan cabaran..

Suri Cruise Tak nak Adik...

HUishhh.. macam-macam kan.. kekadang pikir gak.. wah cerdiknya Suri Cruise ni... Baru umur 4 tahun dah pandai cakap tak nak ada adik beradik lain sebab tak nak ibubapanya beralih perhatian. ish ish ish.. sungguh bijak.. kecik-kecik dah pandai jelous, dah pandai demand.. hehehe..

Tu kata bapanya lah, Suri bimbang kalau-kalau perhatian ibubapanya akan berkurangan, sebab si Suri ni teramat sukakan perhatian terutamanya dari kedua ibubapanya.. hmm.. macam-macam.. tu sebab dari kecik dah didedahkan dengan populariti bagai kan..




memang comel si suri ni.. tengok gayanya pun menarik.. ngeh ngeh ngeh.. suka tengok cara dia, tepi tiba-tiba terfikir.. cam mana life dia bila besar nanti.. kecik-kecik dah didedahkan dengan benda-benda cenggini. Tapi nak buek cam mano kan.. dah nama anak celebriti, tak boleh nak elakkan lah cenggini..