Ada baca paper tak hari ini???? .. haha semalam panjang aku bersyarah pasal anak yang hantar ibu bapa ke rumah orang tua kan.. tu sebab cerita dalam Harian Metro semalam pasal makcik Aminah yg di hantar ke Rumah Orang tua oleh anak2 nya.
Hari ini ada lagi sambungan, anaknya yang bongsu tampil ke Rumah jagaan orang tua. First nak jenguk sekejap, pastu Tuhan bukakkan pintu hatinya ,terus ambik bawa keluar. Aku baca pasal tu dah rasa happy lah kan. tapi... tapi... dia cakap tak tau lagi sapa yang harus jaga antara adik beradiknya seramai 9 orang tu, atau nak hantar ke rumah kebajikan lain. ish ish ish.. ada lagi.. katanya maknya dah umur 80 tahun. tak semua kata-katanya boelh di percayai kerana dah tua dan mungkin dia lupa apa yang di cakapkannya.. dalam bahasa lain anaknya nak cakap maknya nyanyuk kot lah.
pasal duit pencen katanya, sebelum ni memang betul di gunakan untuk ibunya. lebih kurang 500 diberikan pada rumah kebajikan dan 200 untuk perbelanjaan lain bagi ibunya. Tapi lama kemudian abangnya yang ambil duit itu untuk kegunaan peribadi.. hmm susah nak cakap benda-benda macam ni. Harap-harap makcik tu dah keluar nanti tak der lagi di hantar ke rumah orang tua kan. Jaga lah ibu kita sementara di berikan peluang oleh Allah ni.,