Seperti biasa lah kanm minggu2 terakhir hujung tahun ni kita dah start buat azam untuk tahun depan kan. Aku macam biasalah tiap2 thn azam yang sama. Nak kuruskan badan (tahun ni x sbb aku kan preggy) . So skrg tgh gigih berusaha menurunkan berat badan. Okey kalau suh aku diet dari ambik mknn sahaja mmg aku rasa akan fail lah. Aku nak kena fikir solution ni bg berjaya turunkan berat badan.
Azam yang ke 2 plak, aku nak settlekan utang2 aku. Wahhh banyak tu utang yang utama PTPTN lah kan. Saya nk sangat langsaikan pastu hidup bebas tanpa hutang.. Waaaa.. Ya Allah murahkanlah rezeki tahun depan supaya aku dapat melangsaikan hutang2 tertunggak ku. Hopefully akan ada rezeki untuk itu.
Pastu yang ke3.. Aku nak bawak anakanda sekelian bercuti ke pulau. Dalam negara pun x kisah lah. Asalkan bercuti. X pernah lagi aku bwk depa pi cuti kan. Cuti balik umah mak ayah aku tu biasalah kan.. Ni bukan apa, kalau dapat spesis laki yang macam laki aku ni, yang adoo lah ko nak verangan nak ajak dia gi holiday.. Aku dah berzikir hari2 kat telinga dia pun dia buat derk je.. X enjoy langsung life apak ko ni.
Yang ke4 aku nk beli rumah.. Dah lama aku idamkan dok rumah sendiri. Aku prefer nak dok condo. Bukan apa, condo facailities semua ada siap, swimming pool, gym bagai kan. And aku rasa mcm secure sket lah. X per lah tu angan2 aku jer. Aku target sblm umur 35 nk ada rumah. So thn depan aku 30thn. Kira ada lagi lah masa kan. Boleh lah verangan sepuasnya. Hohoho..
Pastu kalau ada lebih lagi nk bwk mak ayah aku gi umrah.. Hmmm ni sbnarnya azam aku yg dh lama.. Bertahun dh simpan azam ni, tp belum rezeki lagikan, nak buek cam mano. X per usaha tangga kejayaan kan. Yer saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi.. Aku pun tgh pikir bisnes apa yg aku bkh buat utk sude income nih.. K bg aku sambung pikir jap ek.. Muahahaham....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.