Thursday, March 17, 2011

Akupuntur..

Betul ke idak aku eja akupuntur tu.. heheh.. ni alkisahnya.. laki aku kan dok memekak kakinya kepanasan.. dah 3 thn lebih dah nih.. seingat aku lah sejak kawen terus kaki dia jadik panas sebelah kiri..

Kalau ikut kata bomoh kt negara dia, katanya dia dibuat orang atau paling mudah 'black magic'..hahha mudah ker tu?? abaikan... dekat malaysia nih pun dah banyak tempat pegi nk ubatkan kaki dia, hspital pakar pun dah byk kitaorg buat lawatan asyik2 scan, X-ray tapi resultnya ttp..'we can't detect any problem sir' hah, tak ke bengang ko rasa duit dah habih byk. Darul Syifa' pun dah pegi dah. tapi tu lah sehari dua dia baik pastu jadik balik..

Kalau balik kg aku tu, dah jumpa 2 3 orang tukang urut ker, pastu org2 yang boleh ubatkan penyakit mistik ke kan.. tapi tu lah, tukang urut cakap urat dia tersimpul, kalau x urut dengan betul nanti kaki akan jadik terpusing ker gitu lah rasanya..gerun mendengarnya..

satu hari pada minggu lepas aku pun cadangkan buat rawatan kat tabib cina nih.. jadik pada hari isnin bersamaan 14 march 2011.heheh pegi lah kami jumpa tabib cina kat taipan nun.. check punya check, dia kata masalah buah pinggang. hokey katanya nak buat rawatan AKUPUNTUR yang guna jarum cucuk2 kat badan tu kan.. aku ckp hokey la.. hehehe...sbb bukan aku yg nk buat..

hahah.. dah 15 minit gitu aku masuk tgk keadaan dia.. dia kata sakit.. dua2 belah kaki dicucuk jarum.. gini lah keadaan dia..

haa.. ni kaki belah kanan.. di penuhi jarum2 berbisa..muahaha

ni lah keadaan dua2 belah kaki dia..

Dekat 30 minit gak lah.. tapi satu jer akumusykil, jarum dia tu disteril ker?? erk.. sbb masa dia buang dari kaki laki aku, terus dia masukkan dalam botol minuman cenggitu lah yg mengandungi banyak giler jarum2.. ish tetiba aku meragui keselamatan dan kebersihan jarum itu.. hehhe.. .. dan harapnya kalini berhentilah panas kaki dia tu..

tapi katanya ada gak ketika panas.. mak aih ubat dia punyalah mahal.. cam spital swasta lah plak..hehe.. sian laki aku nk menelan ubat dia tu.. sekian sahaja