Friday, December 30, 2011

Kisah sedih dua hari berturut2


I sedih tau uollsss... Sob sob sob.. Semalam,khamis, pukul 6 ptg tu I ollss terus lah packing2 barang, sap sap soii jalan laju2 nak blk keje kan. Dengan gumbiranya pegi dekat kereta. Pastu tekan alarm, tett tett (siap ada sound effect tu).. I buka pintu, pastu masuk dalam kereta.. Masukkan kunci and pusing key nak start enjin ni, sekali keluar bunyi gini teeeeeettttttt... Ayark.. Pesal keta aku ni.. Banyak kali try pun x leh jugak. Aku dah gabra dah, dengan berpeluh lagi sbb aircond x dak kan.. Hahaha budget diva kan..

I pun keluarkan phone terus cari no incik asben terchenta
"my car cannot start" suara mmg aku buat sedih.. Ko tau dia jawap apa

" ask anyone there to take a look what is the problem"... 

Aku terus berdesup angin naik ke kepala.. Masa ko ada kat malaysia ni lah aku nk mintak tolong ko, nak bermanja2 kan...boleh ko jawap mcm tu.. Sedih tau hati I.. Sentap rasanya.. Terus aku jawap dengan nada yang sayu 
"its ok. I try my best" pastu terus letak phone..


Pikir punya pikir, baik aku gi beli eskrem dulu makan2 kan.. Konon2 nak tenangkan pikiran lah. Sekali dia call ckp dalam cab nk dtg jumpa I, terus I suka tau. Keta dia, dia g tinggal kat restaurant sbb katanya senang depa kat restaurant nk g beli barang2. Boleh gitu. Dia dh dtg dgn cab, pasang wayar jumper tu x leh nk start jgk. Aduhhh pening plak aku nk pikir cam mana nk buat ni. Sekali abg cab tu suggest tukar bateri dgn keta dia dulu, pastu bila dh start dia ambik blk bateri dia. So dh on semua, tetiba bila abg cab tu pasang balik bateri kat keta dia, x leh hidup plak cab dia.. Hahaha.. Vongoks tul aku rasa petang smlm. Dh setengah jam godek2 dapatlah start cab tu tapi radio dia rosak sbb ada wayar ke apa yg terbakar masa tukar2 bateri. Incik asben saya pun byr lah ganti rugi + tambang + upah abg tu tlg.

Hari ni I bawak keta laki I dtg kje uollsss.. Sebab keta I x idup lagi. Smlm I paksa laki I pg ambik keta dia kat restaurant.. Hahaha kejam x agak2.. Tadi I nak balik rumah lunch hour kan.. Tetiba sampai dekat kereta, sekali sebijik tayar kempis.. Ya Allah, apalah malang datang bertimpa2 ni. Terus hati jadi sedih. Tak tau kenapa dalam masa 2 hari banyak kejadian berlaku. Dengan keta aku rosak. Keta dia pulak tayar bocor. Bila aku call dia pun, dia mcm sedih lah jugak kan. Nak buek cam mano. Ptg nanti tunggu dia dtg tukar tayar dulu lah.. Hadoiyaiiii

Thursday, December 29, 2011

Erti sebuah ingatan

Alkisah sebelum ni I balik rumah, lepas tu bercerita dengan incik suami I yang terchenta.
" U know baby, (ceh perasan baby.. Walaupun tua bangka.. Hahaha) my boss will go to Macau tomorrow with his wife. He bring his wife to go holiday" dia diam je sambil main game dkt tab dia tu.. I ollss pun sambung lah lagi.. "His wife is very lucky, her husband will bring to go holiday as her birthday gift"

Pastu incik abangku pun berhenti main game "that is because your boss is rich, he can bring his wife for holiday anywhere".. Part ni I ollsss tercabar sket.. Terus lah I ollsss bangun pastu membelakangi dia konon2 nak sorok rasa sebak di dada ni lah..
"Its not about bring wiife for holiday, or buy expensive gift for his wife birthday but its about how u appreciate your wife. Remember the important date in your life. My boss wife very lucky. Me, I have to send sms to my husband every year to tell my birthday" sebak di dada hanya tuhan yang tahu..

Incik suami terdiam seketika pastu dia pun menjawap dengan suara yang slow je " yes its true. I don't remember your birthday, our children birthday also. I have to learn to remember this.." Tetiba aku macam tersedar dari mimpi.. Eh anis x baik ko cakap macam tu dengan laki kau. Sebelum ni, bukan harijadi ko pun laki ko belikan jugak handbag mahal, barang kemas, kasut, baju semuakan.

Itulah, sebagai wanita aku bukan x appreciate apa yg dia dh beli kat aku. Aku kadang nk gak perhatian kan. Nak gak bermanja2 dgn incik suami, ok kita anak2 balik kampung pastu kita feeling2 honeymoon kat rumah sendiri.. Hahaha kau mampu?? Lepas tu aku pikir balik, memang aku x leh salahkan suamiku lah kan. Dia memang jenis yang susah nak ingat tarikh2 ni. Dah 4thn lbh aku kawen, mmg dia x pernah ingat tarikh harijadiaku ke, tarikh kawen ke.. Aku memang akui suamiku itu bukan seorang yang romantis..

Pastu ada satu hari tgk citer yang hawaii five o tukan, laki tu bagi bunga sekuntum kat pompuan tu. Terus si suamiku berkata "u know baby, in europe if u give flower means u love her" aku pun apa lagi, terus ambik peluang untuk meluahkan lagi rasa hati... " Its not only in europe, every where is like that. Maybe in your country only didn't do like that"... Cakap muka tak pandang laki tau.. Gile kerek kan.. Kang sekali kena lempang baru kau tau.. Hahaha...

"In my country also same" ayat bela diri dari encik Camara.. "But u never give flower to me" terus keluar ayat aku.. Yang terus membuatkan dia terdiam.. Terus tukar channel tv.. Hahhaa giler kejam bini kan.. Harap2 dia ingat birthday aku thn depan, pastu bg bunga sejambak.. Bang, I tak mintak intan berlian bang, I nak ingatan abang dengan bunga sejambak.. Tapi kalau abang nak belikan intan berlian I terima bang... Hhaaaaahahahahaktuiiiii... Goli tokak den... Sekian sahaja...

Rumah idamanku...

Sempena mengisi masa terluang kat ofis ni kan.. Marilah kita bercerita pasal angan2 kita yang x tau bila akan tercapai.. Eh tapi bagi aku angan2 tu penting.. Sebab dari angan2 tu aku akan jadikan impian aku dan berusaha dengan gigihnya untuk menjadikan dia realiti.. Muahahaha ayat x leh blah kan..

Masa gi jalan2 kat pd tu aku ada nampak satu rumah ni atas air. Dia dekat satu apartment nama apa tah.. Cantiknya ya ampun rumah ni. Aku x tau sapa tuan punya rumah ni. Kalau aku kenal lah kan, nak je mintak jasa baik tuan tanah nak merasa tido satu malam umah dia. Agak2 ada tak yang kena lempang ni. Hahaha... Masa tengok rumah ni kan aku dah pasang angan2..

Petang2 bersantai kat balkoni ke deck ke yang dia panggil tu sambil tengok laut yang terbentang luas, dengan matahari terbenam.. Sungguh mengasyikkan.. So romantik.. Auuwww... Giler gatal kan.. Pangggg.. Kena lempang ngan laki aku.. Hahaha padan muka.. Cantik kan..

Pastu ko rasa bosan ko pasang pancing bleh pancing ikan.. Eh ada ke orang pancing ikan kat situ ek.. Tetiba malu.. Lari2 sembunyi celah langsir.. Bahahah.. Pastu nak lagi romantik, ko pasang buaian yang macam dekat beach2 kat bawah umah.. Kira nanti ko akan berada dia antara lantai umah dengan air laut.. Hahaha sekali datang jerung terus ingat ko ni dugong, sesedap rasa je ngap ko kan.. Tapi rumah ni memang mengasyikkan aku..

Incik suami silalah bekerja dengan lebih gigih nanti buatkan saya umah gini satu eh.. X mampu kat laut gini kat tepi sungai goloks pun jadiklah kan.. Hahaha.. Nak mampos kena bom nanti, x pun kena hanyut banjir.. Ok lah sekian, terima kasih sebab memberi laluan saya merapu di pagi khamis yang mulia ini..

Wednesday, December 28, 2011

Kemewahan anak Cruise

Mak aiii.. Aku memula tengok tajuk ni dalam kosmo, fuhh marbeles jadik anak orang kaya nih kan. Kononnya mak apak si Suri ni sewa tempat luncur ais untuk budak ni jer selama sebulan. Maknanya orang lain x leh guna tempat tu, dia sorang je yang. Boleh guna.. Ko tau harga sewa dia berapa??? RM 16k sebulan.. Fuhhh.. Gaji aku 5bln tu.. Kayak siot mak apak budak ni.

Pastu untuk hadiah krismas pulak. Tom dengan Katie sanggup beli kuda poney untuk si Suri ni yang berharga RM410000.. Fuhh dh boleh beli sebijik rumah dah. Anak baru umur 5 tahun. Tapi cuma tengok gaya dia. Memang menjadi pujaan aku yang dah tua bangka ni jugak lah. Nak jgk nanti anak aku gitu tapi x de lah pakai baju mahal cam anak dia kan.

Hadiah krismas tu termasuk subang berlian ko.. Ko ada??? Ko mampu?? Kalau x de diam je.. Meleleh ayaq liuq aku nih haih.. Seronok agaknya jadik anak orang kaya kan. Ko cakap je nak apa semua mak apak ko tunaikan. Anak tunggal pulak tu. Tak bertuah lagi namanya? Kalau aku lah wah happynya. Hmmm.. Tapi aku tetap bersyukur lah kan. Walaupun aku x sekaya mak apak si Suri ni, tetap aku sediakan apa yang termampu untuk anak aku ni kan. Harap2 anak aku nanti membesar jadik manusia yang reti bersyukur lah kan..

Sekian celoteh di hari rabu.. Hehehe

Tuesday, December 27, 2011

Azam tahun baru

Holaaa... Sempena menghabiskan masa2 terluang kat ofis nikan, sebab memang kosong ofis ni orang lain dh start bercuti. I ollss mengambil kesempatan untuk membebel disini. Sila baca tajuk di atas dengan gembiranya..

Seperti biasa lah kanm minggu2 terakhir hujung tahun ni kita dah start buat azam untuk tahun depan kan. Aku macam biasalah tiap2 thn azam yang sama. Nak kuruskan badan (tahun ni x sbb aku kan preggy) . So skrg tgh gigih berusaha menurunkan berat badan. Okey kalau suh aku diet dari ambik mknn sahaja mmg aku rasa akan fail lah. Aku nak kena fikir solution ni bg berjaya turunkan berat badan.

Azam yang ke 2 plak, aku nak settlekan utang2 aku. Wahhh banyak tu utang yang utama PTPTN lah kan. Saya nk sangat langsaikan pastu hidup bebas tanpa hutang.. Waaaa.. Ya Allah murahkanlah rezeki tahun depan supaya aku dapat melangsaikan hutang2 tertunggak ku. Hopefully akan ada rezeki untuk itu.

Pastu yang ke3.. Aku nak bawak anakanda sekelian bercuti ke pulau. Dalam negara pun x kisah lah. Asalkan bercuti. X pernah lagi aku bwk depa pi cuti kan. Cuti balik umah mak ayah aku tu biasalah kan.. Ni bukan apa, kalau dapat spesis laki yang macam laki aku ni, yang adoo lah ko nak verangan nak ajak dia gi holiday.. Aku dah berzikir hari2 kat telinga dia pun dia buat derk je.. X enjoy langsung life apak ko ni.

Yang ke4 aku nk beli rumah.. Dah lama aku idamkan dok rumah sendiri. Aku prefer nak dok condo. Bukan apa, condo facailities semua ada siap, swimming pool, gym bagai kan. And aku rasa mcm secure sket lah. X per lah tu angan2 aku jer. Aku target sblm umur 35 nk ada rumah. So thn depan aku 30thn. Kira ada lagi lah masa kan. Boleh lah verangan sepuasnya. Hohoho..

Pastu kalau ada lebih lagi nk bwk mak ayah aku gi umrah.. Hmmm ni sbnarnya azam aku yg dh lama.. Bertahun dh simpan azam ni, tp belum rezeki lagikan, nak buek cam mano. X per usaha tangga kejayaan kan. Yer saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi.. Aku pun tgh pikir bisnes apa yg aku bkh buat utk sude income nih.. K bg aku sambung pikir jap ek.. Muahahaham....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Susu Ibu adalah terbaik..

Alhamdulillah, aku berjaya BF anakanda ke dua, walaupun bulan ke-5 tu dh campur dengan Fm kan..aku tetap bersyukur sebab kakaknya dulu berapa hari jer aku sempat bagi. yang ni FM pun time aku gi keje je, asal petang budak demok tu x nak dah FM macam tau2 jer mak ko nak balik kn dik...

Sebelum memulakan BF aku dh masuk forum itu ini, pastu group dalam FB semualah.. aku tgk org lan nyer stock susu macam setahun minum pun x habis.. haish cemana ko buat tu, aku nih sempat perah pun x penuh pun freezer tu. Tapi aku redha, aku dh cuba sedaya upaya aku kan. yng penting bila malam or bila kat rumah, memang budak demok x pandang langsung FM tu. Pernah masa keluar tu aku bawak FM dlm botol susu dia kan, dia x tak minum.. pastu masuk kereta dia sondol2 dada aku nk BF jgk.. bangga kejap hokey..

Kakak pun dh tahu cm mana nk BF hkey.. bila dia sorang2, dia akan ambik patung dia buat macam tu baby, pastu selak baju konon2 macam BF lah.. siap ada ayat2 best lagi.. "Baby nk minum susu ya"..."minum lah cepat"

sweetkan..

Kadang ada jgk dalam forum ke, group Fb ke yang macam x patutlah bagi aku. Bila ada mummies yg tanya pasal FM je, mesti ada yg cakap, malas nk pump lah tu, tak tahan sakit sungguh lah ko ni. Bagi aku terpulang lah pada individu masing2.. memang bila menyusu ibu hubungan makin rapat, tappi x semestinya bila bagi FM anak x rapat dengan ibu ke or anak x jadik anak yang baik ke kan. terpulang pada didikan si ibu lah betul tak. Mungkin ada orang tu ada masalah dia sendiri kenapa x leh BF, memang lah orang ckp kalau nak kenalah usahakan.

cukup lah membebel. yang penting walaupun kakak x sempat BF, dia tetap rapat dengan aku. Cuma sekarang dah pisahkan tempat tido. Sedih tu memang lah kan tapi dia dah besar dh pun. Adik pun minum FM jgk, setakat ni rasanya cukup khasiat kedua2nya lah kan... 

Saturday, December 24, 2011

African gangster...

Gempak tak tajuk I ollss.. hahaha.. ni sebab one day bila nk keluar i tengok anak sedara papa dia, aku pakaikan topi lah utk budak demok tu, tetiba bapaknya cakap "Ismail look like gangster in America" wah gitu bapak ko verangan dok America.. huaaaa

ni lah rupa gangster yang papa dia ck.. tkt x? kekeke

tapi memang terserlah lah kegengsteran dia tu.. kadang di tarik rambut kakak selamba jer pastu x nak lepaskan.. sian lah kakaknya melalak2. Pepaham lah rambut kakak cam mana kan.. kalau dh sangkut kat tangan dia tu memang tak lepasnya

Pastu kalau buku2 kakak ada depan mata, selamba jer dia rebut pastu koyakkan.. pastu gelak2.. eh ko tak dengar lagi budak ni gelak hokey, memang gelak jahat lagak cam puas hati dapat kenakan kakak dia. tapi kakak cool jer hokey, memang lah menjerit bila si adik koyak buku, tapi x sampai 5 minit dah cium2 muka adik bagai.

Ni dia tengah cuba merampas botol susu kakak.. sian kakak tau nk hisap susu pun x senang duduk.. selagi dia tak dapat selagi tu dia berusaha. pastu kakak lari dia yang menangis sebab geram.. hehehe

Budak demok ni amat suka kereta. asal masuk kereta diam lah dia. ko letak dekat dia nyer car seat tu senyap lah sampai tertido. tapi ada kepantangan dia, kalau stop lama sangat keta tu, mulalah dia melalak2 buat okestra. Dah lah jalan dalam KL ni traffic light memanjang dik, x kan nk suh mak ko ni redah gitu jer..

baikkan kakak.. tu time baik lah.. 

hokey udah penat jejari montok ku ini.. 

Friday, December 23, 2011

Ombak Rindu....

Fuhhh.. aku sebenarnya nak tunggu ombak rindu keluar dlm Astro first kan, tapi disebabkan riuh orang bercerita betapa hebatnya cerita tu kan.. hati memberontak nak tahu ni kan.. hehehe.. so di masa terluang menghabiskan cuti tu, aku pun gi lah ke panggung wayang.. cewahh gituu.. aku nk ngaku lah aku kan peminat novel, so ombak rindu memang masuk dlm novel favourite aku lah.. dh berapa kali ulang aku pun x tau dah.. dah beli tiket terus masuk.. orang x ramai sangat lah maybe sebab weekdays kan.. ramai couple lah yg pegi.. dah duduk tu aku dengar makhluk2 kat belakang aku dok sembang rancak nyer siap menelefon bagai, movie dh start dh pun.. x de kesedaran sivik langsung.. ko nk bercerita gi kedai mamak lah weh.. mencik i tau.. spoill mood aku.. baru nak ambik feel.. pastu terdengar sorang makhluk yang dok sebaris dgn aku bg tahu BF dia "ala lupa nak bawak tisu" eh perlu ke ko cakap kuat2.. bisik2 jer lah ngan BF ko tu.. rasa nk bangun lempang jer.. siap peluk2 lgi.. mencik..


Mula2 start aku biasa jer.. x concentrate sangat pun, dok ingat jalan cerita dalam novel pun yer jugak.. mula2 ingatkan Maya memang x leh bawak watak Izzah sbb dalam novel Izzah macam lembut, cam budak2 sket kan.. bila part Izzah mandikan makcik dia aku dh mula terbit rasa syahdu.. dalam novel makcik dia garang.

pastu masa Izzah merayu suh Haris ambik dia keluar dari tmpt jahanam tu pun aku mcm dh feeling2 kan, tetiba makhluk kat belakang aku berbunyik lagi.. mencik ah..

pastu bila izzah merayu mintak suh kawen, heheh geli hati lah pulak.. part yang menyentuh hati aku bila Haris balik rumah carik Izzah satu rumah sambil jerit2 pastu Izzah lari nyorok dalam bilik air sbb takut dgr suara Haris, Izzah kan trauma dgn pakcik nyer, dlm movie x tunjuk sangat. dalam novel adalah bagitahu nyer.. Masa Haris tolak Izzah pastu cakap macam2 ya ampun ayaq mata aku memang meleleh lah.. pastu bila Izzah ckp dia x ngandung, haris terdiam, wah makin laju ayaq mata.. dah lah tisu x bawak hkey.. budget hati kental lah kan..

ni masa lepas kawen.. rasanya x perlu kot tunjuk adegan gini sebenarnya.. aiyooo... x per lah.. hehehe

ni dah baik2 dh masa ni.. so romantik si Haris ni.. tetiba I ollsss berangan I jadik Izzah wahh x leh blah sungguh.. hehehe..

lepas tu kejadian kt cameroon highland tu, masa izzah dgn mila nampak hariz dgn sapa eh nama pompun tu.. ayarkk.. pastu yg best hariz gi kejar izzah bukannya mila.. tp sedih sbb hariz xcident.. kat hospital punyalah kejam mak si hariz tu kan x bagi izzah masuk tgk hariz kn.. kalau aku lah dah meraung2 pgang kaki datuk tu mintak izin nak masuk.. hohohoh..

Fitnah yg dibuat datuk tu berjaya membuatkan kepercayaan Hariz pada izzah pudar.. sedih tau masa hariz tuduh izzah perempuan jalang ke apa x ingat dh dialog dia.. sebab masa tu aku dh sedih kan.. Izzah baru nk bg tahu dia pregnant.. gile kejam kan. Bila Izzah terjatuh pastu berdarah tu aku ingat Izzah dh gugur dh rupanya selamat lagi..

Tapi ending dia best lh.. happily ever after.. sob sob sob.. saya suka.. rasa nak gi tengok lagi sekali jer.. huhuu.. sapa nak ikut aangkat tangan

Thursday, December 22, 2011

Puss in boots

Sekarang kan musim cuti sekolah + aku kan bercuti.. Jadinya aku pun mengambil kesempatan membawa anak dara aku menonton wayang cewaahhh ayat x leh blah kan... Dh sampai dkt IOI mall tu teruslah haku bawak anak daraku ke GSC, siap tanya ni nk tgk yang mana satu 'puss in boots' or 'alvin and the chipmunk' .. Tapi jawapan dia ya ampun.. "I want to see both" banyak cantek kan... Akhirnya aku pilih puss in boots..

Dah lah ni first time aku tgk 3D movie.. Ye gelak lah.. I ollss x kisah pun uollsss.. Memang sejak kawen pastu ada anak dn sekarang bertambah lagi kan... Aku dh lah tak tau mana nk dptkn spec 3D tu sedih kan.. Nyaris2 aku nk tny bdk dkt kaunter tu hehehe kalau x free2 je malu kan, nampak nau x ikut perkembangan..

X per lah dgn confidentnya aku pun masuk lah, sekali ada meja gitu dpn pintu cinema tu, dia bg spec 3D.. Kekke.. Aku pakai kejap je sakit kepala.. Iman lagi lah kejap je pakainya pastu x nak dh. Yer lah spec tu besar muka anak I ni kan kecik dik2 non oiii.. Dia bantai tgk gitu x pakai spec.. Hohoho..

Citer dia ok lah, cm mna puss berusaha nk bersihkn nama bagai kan. Pastu dgn kawan yg khianati dia, dia dh maafkan kawannya tapi kena tipu sekali lagi, eh dh macam cite aku plak aku rasa... Aku pernah maafkan org berkali2 tp ttp jgk kena blk kan.. Sedih tu Tuhan je yg tau kan.. Sob sob sob..

Iman kejap je concentratenyer... Lepas tu dh start dh bgn duduknya.. Haish.. K lah sekian untuk hari ini.. Sakit tgn menghapdate dri phone comel I.. I tgh tunggu nk tgk movie lagi ni, nnt I citer k... Chow..

Wednesday, December 21, 2011

OMG... apa nak jadik nih...

Disebabkan aku memang dekat ofis jarang bukak tenet, eh bukan jarang tp asal bukak jer semua kena block..vongokss.. mencik ah.. nk bawak berukband sendirilah gi office nanti.. hehehe... alkisah tetiba aku terdengar berita hangat pasal budak lelaki bernama alfian nih.. apa kes ko dik.. 

katanya budak tajaan petronas utk kursus perubatan ke Dublin, Ireland telah menghilangkn diri selama 3 thn, alih2 keluar berita dh selamat kawen dh.. uisshhh kalau kawen dgn pompuan tak de sapa kisah dek non oiii walaupun pompuan itu mat saleh ke kan.. ini pegi nikah *boleh ke aku guna istilah nikah ni???? dengan jantan jugak.. gosok2 dada kejap aku.. 

pesal ko dik, punyalah ramai pompuan kat dunia ko nak yang seksi yang tutup nampak mata je semua ada dik oiii pesal ko pilih jantan.. ni ahkak nak tanya, ko bernafsu ke tengok jantan tu dik.. sama je benda yang ko ada dia ada jugak.. geli ahkak pikir dik oii.. siap ada gambar cium2 molot bagai.. Nauzubillah mintak di jauhkan anak2 ahkak dari terjerumus dgn benda2 gitu.. aiyooo takut hokey... 

aihh geli eh tengok ngambik gambar gini dik

Pastu dik, ko x kesian kan mak bapak ko ke dik.. ko x pikir perasaan dia ke dik? pulak tu sanggup ko tengok petronas saman mak bapak ko dkt sejuta tu dik sebab perangai tak semengah ko ni.. kalau anak aku agaknya dh ku sumpah jadik si tanggang.. pikir nafsu ko je kan... ko bukan orang bodoh2 dik.. medic student lagi tu, bukan calang2 org bleh berada kt tmpt ko. betapa ramai lagi yg ada impian nk berada kt tmpt ko tp x dpt...

ni lah pasangan jejantan ini.. 

kalau ikut kata bapanya, budak ni ada problem dgn family lepas petronas x ak sambung tajaan lepas si alfian ni gagal habiskan pengajian dlm masa yg ditetapkan.. bila ayahnya suh balik smbung kat malaysia, dia x nk sebab nk habiskan kat sana jugak.. apa curlass kan dik sambung kat malaysia yer dak.. hakktuiii.. haishh family dok risaukan ko, ko pulak sibuk memadu asmara dgn kaum sejenis.. vongokss lagi sekali..

pape pun dik, ahkak harap ko akan segera bertaubat nk kembali ke pangkal jalan.. jangan sampai bala dah turun baru ko sebuk nak menangis yer dik..

ahkak kim dh divorce...

Sesungguhnya aku tertinggal keretapi.. okey orang lain naik flight mak mampu naik ketaapi jer noqs.. awww nk buek cm mano kan.. itu jer yang termampu.. uhuu. citer yg keeping up with kardashian pun mak dh jarang tenngok skrg.. masa amat terbatas bila anda mempunyai anak kecik, so jangan salahkan diriku.. hahaha.. yang adoooo..

Last month aku tgk lah yg pasal kim's fairytale wedding tu kan, tu pun x pernah habih.. ada je halangan ceewaahhh.. kekadang aku tengok separuh, kelopak mata tak mampu bertahan lagi.. kadang baru 15minit tengokm anak dara aku dh melalak2 suh bukak kartun, haish.. aku bukan nak citer pasal dia nyer perceraian hokey.. tapi aku x kisah dia bercerai pun sbb ku memang tak suka lakinya si Kris H tu.. ehhh budget dia kisah ke ko suka laki dia ke tak kan.. hahha.. yo lah dah lah tinggi menggalah, pastu macam ckap lepas je kan.. 

aku sebenarnya nk citer pasal kawen dia dulu.. dari ari tu lagi kan.. hahaha.. aku x kisah.. yg penting aku amat admire apa yg dia pakai masa wedding.. waaaaa..

 cantik kan bracelet dia.. hmm bilalah laki aku nk belikan gini untuk aku..

ya ampun.. aku tgh mimpikan kasut ni milikku,... dulu aku kawen kasut tu sewa jerk.. tu pun besar dari kaki aku.. huh mencik lah..

lepas tu dia nyer gown.. kalau lah body aku macm dia nak jgk pakai kan.. tapi yer lah aku sedar diri, lemak2 tepu memang susah nk buang kan.. ayarkkk..

 Sila tengok part pinggang ramping tuh.. rasa nk tarik2 je rambut aku sbb x berjaya nk dpt pinggang gitu..

 very the gorgeous.. untung ahkak KIm ni kan.. dh lah kawen untung juta2.. 


tengok adik beradik dia fuh macm model sekor2 .. yg belah kiri tu sapa ek.. macam x kenal lah pulak..

ok lah sekian.. hahahhha

Tuesday, December 20, 2011

kakak seorang yang rajin

Lama tak keluarkan cerita kakak kan.. bukan cerita kakak jer, semua cerita pun tak keluar sebab ya ampun kebizian nye.. x yah lah citer psal bizi ke idak tu yer.. kita citer pasal kakak

sekarang kakak dh boleh harap tengokkan adik kalau nak buat keje ke kan.. dia pandai main2 dengan adik, sampai boleh dengar adiknya mengekek ketawa ko.. hahaha.. senang jer rasa hati.. tapi ada jugak time dia buat perangai tu, ya ampun.. mendidih arah mak ko ni.. huh.. tapi nk buek cam mano 3 years old kid mana tahu apa2 lagi kan..


sempat posing gitu sambil tolong basuh sayur.. eh yang sebenarnya tolong hancurkan sayur.. adusss.. x per yang penting dia ada intention nk tolong kan.. 

lagi 2 minggu sekolah nk bukak dah.. daripd aku nyer review utk this year punya sekolah kan, aku rasa ada improvement lah.. dia dh bleh baca ayat2 yg dlm buku dia tu.. owh skolahnya aku rasa dia memang ajar kenal perkataan gitu.. x de mengeja kot.. aku pun x reti jgk sebenarnya.. huhuhu...

Friday, December 16, 2011

Budak demok saya....

Budak demok saya dh pun masuk 6 bln 2 minggu.. Wah cptnya.. Rasa mcm baru je lagi kan. Kekeke.. Perasan. Yo lah sbb aku kan masih tembam x menyusut lagi.. Org lain lepas bersalin terus slim melim, aku nih yang ado.. Okey2 aku x kisah walau pun hati sedih tiap kali org ckp gumuks.. Yer saya kisah sebenarnya.. Waaaa..

Okey abaikan itu semua sbb itu semua tidak penting.. Ni aku nk tunjuk budak gumuks yg terbaru.. Wah sudah tumbuh gigi, makan bukan main byk lagi ko skrg ni..

Disebabkan aku meng hapdate dri tepon cumels aku ni, maka setting agak berterabur lah yer.. Gmbr pun aku x reti nk masukkn.. Sedih tau.. Jari pun lenguh nk picit keypad cenonet nih.. Apa punya office semua nk di blocknya.. Mencik ah..

Tengok je lah gmbar x de info yer.. Yg ptg aku letak gmbr kan.. Hokey nnt aku tulis lagi.. Bagi jejari montoks ku rehat jap..

Monday, December 12, 2011

Holaaa

Holaaa.. wah giler lama x menjenguk rumah usang ku ini.. sedih kan. dekat opis x leh nk log in nk hapdate blog bagai kan... pastu bila balik rumah, dh mandi2 main dgn budak demok tu lagi.. pastu budak demok dh tido layan kakaknya lah pulak kan.

kadang kul 9 aku dah selamat ke alam mimpi.sedih tak kehidupan aku skrg ni.. being a mother to 2 small kids.. i realize that time untuk manjakan diri sendiri agak terbatas.. okey itu hanya ayat penyedap je.. eh ko kan ada maid.. yer aku ada maid.. tp si demok tu kalau nampak aku bukan main lagi menyengih suh ambik dia.. kalauu x ambik kang nnt mulalah buat okestra.. dh pandai tau melalak2 skrg ni..

okey tu je nnt aku sambung.. si demok dh poo poo nk mandikan plak

Wednesday, October 26, 2011

Manusia @ Binatang???

Sejak akhir2 ni selalu sangat cerita2 pasal pembuangan bayi di hidangkan di dada2 akhbar.. ceewaahh ada rupa cam journalist x haku.. curlass kan.. x der lah, setiap hari tu jer lah yg keluar kadang sehari sampai 2 3 kes.. huii ko beranak anak kucing ke sesenang nk buang gitu kan.. orang lain yg dah kawen terpaksa menunggu bertahun2 nk dapatkan cahaya mata, ko sesenang buang gitu.. kadang aku pun x paham, cam mana lah makhluk2 ni bleh beranak sorang2 dalam toilet lah, pastu buang terus.. huii aku yg dh ada 2 anak ni pun cam ngeri jer bila ingat proses bersalin tau..walaupun dua2 operate tapi sakit tetap terasa sampai skrg tau..

Dgn susah payahnya mengusung perut 9 bulan.. eh tapi aku pelik btl cam mana yg mengandung luar nikah ni bleh sorok perut.. huiii hebak ngat wehh..  yang terbaru kes bunuh bayi.. yang ni bagi aku kejam yang amat dilakukan oleh seorang ibu.. ko x de perasaan sebagai seorang manusia lah minah.. kalau betul ko x nak pegi lah letak depn rumah orang.. ni ko gi kelar2 baby tu sampai terburai isi perut bagai, ko x kesian ke tgk, x kan x de sikit pun perasaan sayang ko kat baby tu..??? ni nak kategorikan sbgai apa ya?? 


Cuba bayangkan betapa seksanya bayi ini di perlakukan sedemikian rupa oleh ibunya sediri.. kalau dia tahu lah maknya nk buat gini bila lahir, ko ingat dia nk ke keluar.. sadis bila benda gini di lakukan oleh manusia normal yang di beri kelebihan akal untuk berfikir..tak mengapa sayang.. tempatmu sudah dijanjikan di Syurga Allah...

Apa Hukuman untuk pelakunya???? biasalah undang2 manusia.. penjara 2 3 tahun lepas tu bebas, lepas tu ulang balik.. hmmm..

Banyak lagi yang ngeri.. bayi dibuang dari tingkat 5, berkecai kepala.. cuba buat gitu kat mak bapak yg buang anaknya.. bayi di letak dalam tangki tandas.. uisshh seb baik yg tu masih selamat, giler ke apa manusia skrg ni..

Yee aku seorang yg emosional.. aku ibu kepada 2 orang anak.. walaupun sering marah2 bila anak2 menguji kesabaran, tapi bila anak sakit perut sikit jer aku dh x senang duduk.. bila si kakak muntah2 tengah malam, aku dh x lena tido.. bila bibik bg tahu si adik x nak minum susu botol bila aku pg keje aku dh sedih, aku saggup drive blik rumah masa lunch semata2 nk menyusukan si adik.. bayangkan anak ko menangis x nak susu botol sepanjang hari, sanggup si anak tunggu ibunya balik keje baru nk menyusu.. 

kalau boleh selang sejam aku nk balik rumah.. kalau boleh aku x nak pegi keje, nak dok rumah jaga anak.. manusia yg buang anak sesenang gini, x de rasa penyesalan ke.. ko kandung dia selama 9 bulan, lahir ke dunia ko buang gitu jer.. harap2 akan ada kesedaran untuk manusia2 gini..

Ya Allah pelihara lah anak2 ku dari segala maksiat dan kejahatan...

Tuesday, October 25, 2011

Buah hati saya

lagi2 citer pasal buah hati kesayangan saya.. hahahha.. lepas citer kakak, kita pusing letak citer adik plak yer.. nges nges.. adik skrg dh 4bln 2 minggu.. lagi 2 minggu adik kena gi klinik balik utk suntik 5 bulan pnya.. k time tu papa dh ada sini, papa bleh bwk adik g klinik. x yah tunggu mama blk keje dkt maghrib nk bwk adik gi klinik.. hehe

mama suka gmbr ni sbb nampak muka adik cm cerah sket.. muahahaha.. statement x hagak.. kalau bapak ko dgr dia mau muntah ijau.. mama ckp rambut adik lurus pun papa dah angkat kening siap tanya warna kulit lagi.. hokey warna kulit ttp papa menang lah kan dik.. dpt rambut sket cm mama okey lah tu..


macam budak besar jer kan?... baru 4 bln stgh tp baju yg dia pakai tu aku beli utk yg umur setahun punya.. hehehe.. baju2 yg beli masa kecik dulu semua dh ketat.. kalau butangkan mesti cam seksanya nk bernafas... promoter kt baju tu ckp baik ambik yg 1 year punya lah..hokey kita sebat tgk cm muat2 jer kan..


x leh blah.. ni kakaknya punya keje.. dia bosan agaknya aku dok send gambar2 terbaru depa kt apaknya.. tiba2 kakak terjerit2 panggil aku suh ambik gmbr adikya.. seb baik adik sporting x nanges pun.. dlm hati 'layan jer lah kakak aku nih'

 ada rupa cam hero tamil x? ampun dik kalau ko baca ni bila besar nnt.. eheheh.. gurau jer dik.. adik kan unik cam kakak gak..

peha ketak2.. mahal tu.. tu yang selalu jadik mangsa aku.. hohoho.. kakak skrg protective tul tau.. kalau aku buat2 mrah adiknya sambil tepuk2 manja peha tu, mesti kakak lari2 pegang tgn aku x bagi pukul adiknya.. bangga jap aku kakak gitu..

gambar last mesti ada nyer kakak interframe.. macm maknyer gak lah kan.. hehehe.. so suwet tau gambar ni.. kadang kalau tgh siap2 nk gi keje, kalau adik dh terjaga kan si kakak akan tepuk2 bontot adik suh tido balik.. dua2 adalah buah hati saya..


Monday, October 24, 2011

Iman's annual concert lagi..

Tajuk adalah lintang pukang.. nges nges nges.. x kisah lah.. ni bukan nk menceceh ke aper yer.. ni sekadar nk menempek gambar annual concert skolah iman ari tu.. gambar from a professional cameraman hired by school.. so cantekk.. 














aku malas nk menulis.. jadi gambar akan menceritakan segalanya.. bak kata Yuna kan.. kekeke.. adioss amigos

Sunday, October 23, 2011

konvokesyen cik atin

mak aiii.. dah bersawang aku nyer blog yer.. nges nges nges.. kebizian sungguh.. x sempat nk menghapdate... bukan lah nk kata bizi tu smpai x de masa langsung.. tapi pepaham jer lah yer.. hamba balik keje kul 6. pastu kalau keluar lmbt sikit jer mak aiii jam nyer mengalahkan kl.. baik jalan kaki lagi cpt aku rasa... pastu smpai rumah dh kul 7.. mandi2 pastu main ngan si kecik tu kejap sblm dia tido.. pastu tgk2 buku sekolah kakaknya sesambil buat coloring ngan dia kan.. x adillah kalau dukung adik, pastu buat x kisah jer ngan kakaknya kan.. aku hari keje kul 9.30 mulut menguap dh x leh tutup dah..giler babas punya ngantuk kan..

okey dh banyak melalut tu.. kita go straight to the topic.. ngeeee.. last week adalah majlis konvokesyen cik atien.. iaitu sepupuku.. anak kepada puan Asmah Awang, makcikku.. hehehe... aku sebagai penunjuk arah menyibukkan diri jgk lah pada hari tersebut.. sesambil menunggu dia habis majlis kt dalam dewan kita dok rewang2 kat luar, siap sabut kedatangan Sultan Selangor gitu.. curlasss mak hayam kan.. pastu aku x puas ati.. biasa kalau konvokesyen, gerai2 mesti lah sekitar tu kan, aku dh standby duit berkepok lah konon nk beli lah sikt kan sekali ada gerai jual bunga jer kt belakang dewan tu.. gerai yg lain dia buat jauh nun dkt kolej kediaman.. adakan tujuan dia hnya untuk student situ je.. serius aku x puas ati nih.. hokey layan jer gambar yer

Harus gambar anakanda dulu kan sebagai pembuka bicara

 belakang tu adalah kumpulan pancaragam menyambut ketibaan DYMM Sultan Selangor

see.. aku berjaya menangkap gambar DYMM Sultan Selangor.. cam jakun pun ada aku rasa


ni lah dia cik atien.. ni grad utk diploma.. skrg tgh sambung buat degree..




Tu sajalah buat masa ni.. sekian (sbb aku dh malas nk menaip) kekekeke

Friday, October 7, 2011

Sengal

Ni adalah entry utk meluahkan rasa hati. Panasss jer rasa..kisah dia gini, adalah mangkuk hayun sekor kat ofis aku ni, giler dia nyer cucuk bos tu fuuhhhh mmg terangkat lah bos.. Hahaha..

Aku dh terkena sekali, aku dok sembang baik punya pasal hantu sehari lepas aku dgr bunyi mengilai dlm toilet tu kan, so pagi nyer citer lah ngan akak tu, siap masuk bab hantu2 lain lagi tu.. Hehehe. Harus lah kan. Kalau x nnt x best plak citer. Sekali esknya bos aku panggil masuk bilik. Dia ckp jgn banyak sgt berckp terumata dgn kakak dpn aku tu lah. Hemoh2.. Aku dgn blurnya ckp lah, aku x tau rules ofis ni, sbb aku dh baca rules book yg di bg HOUR masa mula2 masuk kan. X de plak tulis aku x leh bercakap masa office hour. So bos aku pun tukar topik. Ok dah pasal aku.

Sekali last week hari apa tah x ingat dh, ada mamat india sblh mangkuk hayun ni lah ckp ngan kawan dia dlm bahasa tamil. Sembang baik punya kan, sekali mangkuk hayun tu ckp, kena ckp english sbb dia x paham. So terjadi lah sedikit pertikaman lidah. Sekali dia pg report kt bos.. Huhuhu cam budak skolah tadika.. Hahaha. Bos plak esoknya panggil lah that indian tu siap tegur lagi tau. Punyalah cm budak2 perangai. Pastu apa2 jer yg mamat indian tu buat silap sket dia gi ngadu. Keje dia kelek laptop ngan ipad kehulu hilir x de keje, tp buat2 bizi. Bos x der mulalah masuk keje lmbt bagai, bila bos ada sblm kul 8.30 dh masuk ofis.

Lakonan semata2 tu. blh dikatan x der org pun yg suka kawan ngan dia kt ofice ni. Mulut cm pompuan. Nk kena cabai agaknya. Haish. Mencik jer. Tgk muka dia pepagi kan rasa cm hilang mood jer. Bosan. Ok sekian dahulu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Jalan2 cari pasal

NI sambungan lepas habis annual concert.. terus pecut ke IOI mall.. sekali lepas jer toll tu terus aku rasa nyesal sbb jam.. ya ampun aku terlupa private baru gaji kan.. huh.. nk patah balik macam impossible jer.. hehehe.. so kita teruskn jer lh.. sampai2 aku pg carik2 kot ada baju yg berkenan kan.. sbb baju nk g keje dh mcam x der mood plak nk pakai.. hehehe.. 

jalan punya jalan ternampak offer dkt pedicure + manicure.. masuk lah maknya nk buat pedicure.. dh lama x buat ni.. kaki dh berkarat.. haha.. nk pakai sandal pun mlu sbb kaki buruk gilos. huh..

Iman yg kebosanan menunggu maknya siap.. aku pun siap tersenggok2 lagi ko.. lama tul amoi tu buat.. eh ke sbb kaki aku yg banyak daki.. hahaha.. dh siap tu aku nyesal.. yer aku x satisfied dgn hasilnya.. kalau tau aku pg tmpt biasa yg dkt ngan umah aku jer.. menci tul..

pastu heret iman gi secret recipe sbb maknya ngidam tom yum noodles.. sekali dia ckp noodles tuk tom yam tu x der.. hampeh.. terus mati selera aku.. huh.. ambik lah spaghetti jer..

iman haruslah makan eskrim.. sdp eskrim dia.. rasa cm nk tambah satu lagi.. tp cm melampau lah pulok.. 

dh habis tu kita terus blik.. ujan ko punyalah lebat.. aku dh lah spesis yg takut nk drive time ujan.. x nampak satu pastu takut kilat.. kalau kilat time drive kan rasa cam kilat tu dekat jer dpn muka.. hehehe..

Tuesday, October 4, 2011

Iman's Annual concert

1st Oct 2011.. adalah annual concert utk sekolah Iman.. 


ni Invitation yg di hantar oleh cikgu2 skolah dia.. 


pepagi kul 7.40 gitu pg hantar iman ke sekolah dia dulu sbb diaorg akan gerak dgn bas kan.. pastu gi cuci keta jap ngan bfast. lbh kurang kul 8.45 gitu aku sampai kat sek chee wen tu.. tunggu jap dalam keta sambil touch up muka kan.. budget ko nk masuk video jer.. hahahha pastu masuk dewan skolah tu terus carik tempat duduk.. bhgn depan dh penuh.. so aku ambik seat tepi tapi depan gak lah.. 


ni dia nyer principl Ms. vivien.. tgh bagi speech.. quality gambar amatlah menyedihkan sbb aku guna kamera phone jer.. kamera aku di bawak pergi oleh encik suami dgn janji akan kirim duit suh aku beli kamera baru.. tapi sampai ke sudah nan ado.. mencik tau.. eh sudah2 tersasar jauh plak.. hehe.. pastu diikuti dengan budak2 yang bagi welcome speech.. layan jer gambar kt bawah yer



 ni budak chinese tau.. bagi speech dalam bahas malaysia...comel sangat lepas dia bagi speech dia lari2 ke belakang stage..

 ni budak melayu.. bagi speech dalam bahasa inggeris

ni pun budak melayu bagi speech dalam bahasa cina.. so cute..


ada lagi sorang bagi speech dalam bahasa tamil.. tp x der gambar.. hehehe.. first performance start ngan budak umur 6 thn menari pom2 dance.. cute tau.. i letak gambar dulu yek.. video nanti kalau rajin i upload.. hahaha






ni kelas iman.. diaorg performe tarian guna muzik from the lion king.. tah haper name tah.. gambar lain utk performance ni dlm phone satu lagi.. sbb phone BB aku guna nk rakam video kan.. comel jer sbb semua umur 3 thn and they all are very brave.. x der sorg pun yg nangis walau audience punyalah ramai kan..


ni tarian mexico.. budak2 umur 4/5 thn.. so cute kan dgn dia punya costume lagi.. hehehe


ni yg umur 6 thn.. tarian haper tah cam cina gitu kot


ni tarian indian.. nama dia usu malase.. mmg best ah yg ni.. rasa nya umur 4thn kot.. x pasti lah.. heheh


ni sha la la dance.. costume comel..


dah habis semua performance tu ada sessi graduation utk budak2 umur  thn... tetiba aku feeling iman salah seorg nya.. hahah.. lmbt lgi.. lagi 3 thn nk grad tau..


dah nk balik dh ni.. nk snap gambar dia semua x cantek.. last2 dia buat leklok sekeping pastu siap cakap.. dh lah mama.. x nak lagi.. malas dh dia nk melayan maknya ni.. hahah


dh habis kita gerak gi IOI mall jap.. mama belanja iman makan eskrim dkt secret recipe.. hehehe


yang tu citer lain hokey.. aku dh x tau nk tulis haper dh.. tp yg penting aku satisfied dgn Q-dees ni.. iman makin berani.. ada confident nk berdepan dgn org, pastu dia punya english pun dh improve.. tahun depan confirm masuk situ lagi okey..