Monday, April 22, 2013

Amukan Puaka

Owh Giler menyirap darah aku dengan kes yang berlaku ke atas keluargaku sendiri. Eh xde intro apa aku kan. Sungguh x senonoh. hahahah. Abaikan lah sbb aku memang tengah mendidih sekarang nih. Tension jer aku rasa nih. Meh I cerita sikit kejadian yer...

Saturday petang lah, dh dekat maghrib gitu, Iman dok main toys dia tempat mainan dia lah. Pastu bibik ni nak gi jatuhkan langsir. Pastu boleh dia ambik mainan yg budak tu tengah main dia gi simpan. Marah lah si Iman. Aku nampak lah iman tepis kain bibik sket. tapi x sangka plak si bibik punya tindakan refleks tu cepat sangat. Kaki dia naik tendang iman ke belakang. Kenalah dada. wowwwwww.. darah naik ke kepala aku terus masa tu. Maka bermulalah babak aku jadik mak naga. Terus aku sound direct je. tapi yang menambahkan kemarahan aku tu, boleh dia menonong je jalan masuk bilik dia. Mahu aku x hangin kan. Aku tengah cakap dia boleh buat bodoh je. Memang satu kepantangan lah bagi aku bila org buat gtu kan. 

Pastu mulalah aku flash back balik apa yg berlaku dengan anak aku sebelum ni. Start dengan kejadian tangan si Dibo mengelembung macam kena air panas, pastu kesan terbakar kat tangan anak aku. Dekat badan iman kadang nampak kesan dekat perut. Tapi aku abaikan sebab ingat bebudak nakal kan. Tapi uollsss kesabaran I ada batasnya. Terus I call husbnd I mengadu. Tapi boleh uollsss dia ckp slow talk lah dengan bibik tu. eh, dah jadik gitu suh aku slow talk jgk.

Susah dapat laki yg ambik mudah semua benda. Nak tunggu jadik serius dkt anak2 dulu baru nk ambik tindakan ke hape ni. haish. Tetiba teringat dengan bibik dulu. Sampai kan iman pun asyik lah tanya bila nk ambik bibik white balik. Kakak x suka bibik black. Kesian anak aku. rupanya tekanan perasaan betul bila aku tinggal gi keje. Patut lah dh lebih 6 bulan still lagi x serasi dengan anak aku. Rupanya ini keje dia. Aku senang je, Aku ambik maid bukan semata suh buat keje rumah. Yang perting dia boleh jaga anak aku, makan pakai anak aku terjaga, rumah kemas lepas anak2 dh tido x pe lah. ini pentingkan perut dia je. Patut lah bila sabtu ahad je selera anak aku makan. Sedih plak bila teringatkan keadaan anak2. Ya Allah tak tenang plak aku rasa nak keje nih. Tension lah rasanya.

Bibik dulu pepagi dah tunggu nk siapkan iman. Tunggu kat luar rumah sampai aku dengan iman dah g keje & Sekolah. Pastu kul 12.00 dah siap2 tunggu iman depan rumah. Bibik dulu dah tua. Buat keje slow je. Tapi aku sayang bibik tu. Memang lah kekadang ada gak aku naik angin. Tapi dia ok. Sembahyang x tinggal. Yasin boleh hafal. Kalau aku ada masalah, aku boleh cerita dengan dia. Kalau gi memana, x pernah aku balik tgn kosong utk dia. Tapi dengan bibik yang ni, jarang lah aku nk beli something utk dia. Rasa macam x berbaloi je nk beli. I miss bibik lama lah. Yang tu tahu makanan apa yg anak aku suka. Tahu layan anak aku. X pernah berkasar dengan anak aku. Serius she's the best. Moga Allah panjangkan umur dia. Moga dia di murahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.                                            

Thursday, April 18, 2013

Dibo Saya dah Besar

uhuk uhuk uhuk.. giler lama x menghapdate belog ni..bukan busy pun sebenarnya..tapi kemalasan melanda jiwa.. awwww goli tokak den.. Rasanya macam dh lama x cerita pasal Dibo kan.. ok hari ni kita cerita pasal Dibo kesayangan saya.. Hari ni Dibo dh pun berumur 1 tahun 10 bulan dan 2 minggu. Cepat je masa berlalu..  Dah banyak perangai, dah pandai meragam,




kekadang memang kena bantai je dengan aku. I kan mak singa uollss.. Habis lah mesti jiran aku semua dok mengata aku kan.. hahaha. Kalau sehari x menjerit bukan aku lah tu. Rasa macam x lengkap je hidup kalau x menjerit dengan anak2. heheheh. bengong kan aku. Berat badan dibo macam statik je. X tau lah dia makan ke x masa aku gi keje. Kalau weekend aku kat rumah dia makan lah. Kadang dia bosan makan nasi, nanti aku masakkan macaroni sup. Memang habis lah dia makan tu. Seronok pulak tgk dia makan pastu tunjuk tangan best. Terkembang hidung mama kejap.

Dia suka pukul kakak. pantang nampak kakak, memang naik lah tangan dia. Tapi nasib lah kakak bukan jenis melawan. Malah kakak boleh tahan je muka dia kena pukul dgn Dibo. Lagi satu Dibo suka tiru apa yg kakak ckp dgn buat. Kalau kakak dok cerita dgn aku pasal sekolah dia, Dibo pun sebuk lah menempel kat sebelah tiru gaya kakak. Dibo dh pandai cakap sket. Alhamdulillah dia x pelat sangat. kalau tanya "papa Mana?" jawapan standard Dibo adalah "Papa shlepp, atas" Shlepp tu stand for sleep. hohoho sweet je rasanya. kalau dia bangun pagi pastu x nampak aku, dia akan turun bawah pangil bibik "bikkk.... bikkkk.. susu" dah pandai dh. dh boleh berdikari dh. Muahahaha. senang keje mak ko yg pemalas nih.

Tapi bila part meragam, ya ampun. Menguji kesabaran mak ko betul lah. tension tau x. Melalak dengan kaki tangan semua bergerak. mana x tensionnya. Kadang papa dia selamba je marah balik, pastu jentik sket. kadang kesian plak bila marah dia. Tapi memang menguji tahap kesabaran mak ko yg memang nipis ni. Dia suka bukak peti ais, ambik air sendiri.

Tiba2 teringat dibo plak. haish.. mama Luv u sayang.