Monday, November 1, 2010

Pemandu Bas tiada Lesen

Ni nak citer sket lah pasal kemalangan maut bas kt genting sempah ritu kan.. ish ish ish.. kesian sungguh.. takziah untuk keluarga mangsa kemalangan .. 7 maut kan.. Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin sudah di takdirkan begitu cara kematian mereka. Tapi bila baca balik paper Metro.. ish ish ish.. rasa marah ngan hangin memang tak boleh nak halang lah kan.. Pemandu bas mengaku tak ada lesen memandu.. cam mana syarikat bas tu boleh bagi kepercayaan kepada manusia cenggini untuk bawak penumpang.. bukan lah sorang dua dalam bas tu kan..

5 Tahun bawak pas persiaran tu tak ada lesen.. hmmm.. kerajaan patut ambik tindakan ke atas syarikat bas persiaran itu sebab kurang rasa tanggungjawap.. ni kes nak untung jer lah. .. Katanya terpaksa driver bas sebab di paksa syarikat bas persiaran berkenaan walaupun tahu dia tiada lesen.. boleh di terima akal ke alasan cenggini.. walaupun dia dah mintak maaf dengan keluarga mangsa, kalau di fikirkan balik memang hukuman yang setimpal harus di kenakan.. 

Sekarang ni nak naik bas balik kampung ke pergi memana ke rasa cam tak selamat jer.. dalam masa sebulan 2 kali kemalangan ngeri berlaku.. mudah2an Roh mangsa yang meninggal di tempatkan di kalangan orang yang beriman (bagi muslim).. Al Fatihah untuk semua mangsa2 kemalangan...

No comments:

Post a Comment