Ni kisah untuk di renungkan...
Last sunday.. isteri keluar ke majlis kenduri kawannya..Sudah di minta izin dari si suami.. Dan suami merelakannya.. Sebelum pergi, si isteri menyiapkan makanan bapa mertuanya, seperti yang di beritahu si suami bahawa ayahnya amat gemarkan Spaghetti.. Banyak yang di masak cukup sampai ke malam.
Pergilah si isteri ke majlis kawannya dengan hati yang tenang sebab kebenaran dari suami di perolehi dan juga tanggungjawap kepada bapa mertua pun dilunaskan.. Namunnnnn...
Dalam perjalanan pulang ke rumah.. si suami menelefon si isteri dalam keadaan marah...
"I take care of your family, Is this the way you pay me back? how can you treat my father like this?"
Si isteri cuma mendiamkan diri di sebabkan kawan yang ada sama dalam keretanya. Si isteri cuma mendengar bebelan suaminya.. Hatinya menangis, namun cuba di ceriakan di hadapan rakannya..
Semasa si ayah sakit di hospital, Si isteri yang menunggu ayahnya sementara suami menguruskan hal2 berkaitan lain. Semasa ayahnya keluar dari hospital, si isteri yang menguruskan ayahnya. Menyediakan makanan untuk si ayah mertua sehingga ke dalam bilik. Sebab mengikut kata doktor si ayah tak boleh terlalu banyak bergerak. Apa sahaja permintaan si ayah pasti si isteri akan cuba menyampaikan pada si suami supaya di turuti..
Hanya dengan satu kesilapan kecil, si suami ungkit segala yang di lakukan. Si isteri yang faham, hanya menangis di dalam hati. walau bermacam yang dikeluarkan dari mulut si suami, tidak di balas walau sepatah oleh si isteri. Akhirnya si suami lembut hati. Keesokan harinya si suami tidak lagi bermasam muka. namun hati isteri yang terlukan tidak pernah sembuh lukanya..
Mengapa begitu si suami. Hargailah si isteri sementara dia masih ada. Bapa mertuanya juga amat cerewet. memilih dalam makanan. Si isteri pulang dari kerja harus menyediakn makanan jika tidak di bawa pulang dari restoran. Moga si isteri tabah mengharungi dugaan dan cabaran..
No comments:
Post a Comment