Sempena mengisi masa terluang kat ofis ni kan.. Marilah kita bercerita pasal angan2 kita yang x tau bila akan tercapai.. Eh tapi bagi aku angan2 tu penting.. Sebab dari angan2 tu aku akan jadikan impian aku dan berusaha dengan gigihnya untuk menjadikan dia realiti.. Muahahaha ayat x leh blah kan..
Masa gi jalan2 kat pd tu aku ada nampak satu rumah ni atas air. Dia dekat satu apartment nama apa tah.. Cantiknya ya ampun rumah ni. Aku x tau sapa tuan punya rumah ni. Kalau aku kenal lah kan, nak je mintak jasa baik tuan tanah nak merasa tido satu malam umah dia. Agak2 ada tak yang kena lempang ni. Hahaha... Masa tengok rumah ni kan aku dah pasang angan2..
Petang2 bersantai kat balkoni ke deck ke yang dia panggil tu sambil tengok laut yang terbentang luas, dengan matahari terbenam.. Sungguh mengasyikkan.. So romantik.. Auuwww... Giler gatal kan.. Pangggg.. Kena lempang ngan laki aku.. Hahaha padan muka.. Cantik kan..
Pastu ko rasa bosan ko pasang pancing bleh pancing ikan.. Eh ada ke orang pancing ikan kat situ ek.. Tetiba malu.. Lari2 sembunyi celah langsir.. Bahahah.. Pastu nak lagi romantik, ko pasang buaian yang macam dekat beach2 kat bawah umah.. Kira nanti ko akan berada dia antara lantai umah dengan air laut.. Hahaha sekali datang jerung terus ingat ko ni dugong, sesedap rasa je ngap ko kan.. Tapi rumah ni memang mengasyikkan aku..
Incik suami silalah bekerja dengan lebih gigih nanti buatkan saya umah gini satu eh.. X mampu kat laut gini kat tepi sungai goloks pun jadiklah kan.. Hahaha.. Nak mampos kena bom nanti, x pun kena hanyut banjir.. Ok lah sekian, terima kasih sebab memberi laluan saya merapu di pagi khamis yang mulia ini..
No comments:
Post a Comment