Wednesday, October 27, 2010

Susu Ibu...

Ya.. kali ni nak citer pasal susu ibu lah pulak ya.. sementelaah saya sekarang sedang mengandung walau masih awal, tapi saya amat bersemangat kali ni untuk menyusukan my 2nd baby dgn susu badan. Untuk Iman dulu sempat sehari jer. Mesti ada yang kata kan pehal lah ko sehari jer susu badankan iman tu. ceritanya begini, masa bersalin lepas operate tuh susu saya tak nak keluar. walau pun mak saya tuh bekas nurse, tapi di sebabkan excited dapat cucu sulong, terus lupa pasal susu badan agaknya.. hehehe. Jadinya 1st day iman minum susu mintak dgn ibu depan katil kat hospital lah. bagi dengan sudu.. kekee.. lepas tu susu keluar tapi sikit2. anakanda ku mungkin rasa x puas kot. tambah pulak dengan puting yang sakit sebab kena gigit dengan gusi ke kan. Terus lupakan hasratku nak breastfeed.. ish ish ish .. menyesal rasanya.

Uish baru tadi dok godek2 dalam tenet.. Lani siap ada pil tambah susu.. hehe..boleh caya ke. Seperti yang di ketahui susu ibu amat penting dan banyak khasiatnya.Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Hmmm.. ok untuk kehamilan ke2 ni, dengan penuh semangat dan harapan agar saya berjaya memberikan susu badan sepenuhnya kepada bayi saya sehingga mencapai usia 2 thn.. Jimat jugak sebab susu formula kena beli kan.. hehehe.. 

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa(sumber dari sabah.org.my)

Okey.. nanti kita kongsikan lagi info yer.. 



1 comment: