Tahun ni tahun ke2 sambut raya haji kt KL jer.. ish ish walaupun raya haji tetap aku terasa kesyahduan teringat mak ayah kat kampung.. tapi dah Encik suami tak nak balik nak buat cam mana.. tak per mak 1hb 12 kami balik kg na...
Di malam raya memang aku tak prepare paper pun.. lepas solat Maghrib, bukak Astro Oasis.. bergemalah takbir raya.. makkkk air mata terkeluar juga akhirnya.. walau aku dah bergelar mak orang, sedih tetap terasa bila malam raya kami berdua kat rumah (Actually ber3... pak mertua aku kat dalam bilik)... kalau kat kg mesti busy mak buat rendang bagai..
Iman : eh apa nangis..
mama: huhuhuhuhuh... (sambil kesat air mata...yang masih tak nak berenti mengalir)
iman: Jangan lah nangis.. hehehe (Sambil gosok2 kepalaku)
drama sebabak di malam raya.. pagi raya pun tel mak, mintak maaf bagai.. kejap jer ckp sbb takut aku nangis plak. muahahah.. en suami dengan ayah dia pergi tempat korban..
Thursday, November 18, 2010
Monday, November 15, 2010
AYAH, TARIK TANGAN SAYA NI, KAKI SAYA TERLEKAT
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.
I September 1994.
Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu ?Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan ?Tak boleh keluar dari kubur ?Aku tak fahamlah,” jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”di kubur kat kampung Batu 10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu ? ”saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja !” si gadis berkata.
” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut menyanggah, katanya,
” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,tapi belum pun habis kata-katanya,si gadis memintas lagi,
katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.
” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.
Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah… kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…kenapa jadi macam ni ayah?” kata si gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.
Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…”saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
(COPY FROM FACEBOOK)
Friday, November 12, 2010
Apa nak jadi
Sejak dok rumah ni kan, makin bosan lah pulak. sebelum nak ada mood nak buat bisness jual coklat tu kan.. opppsss dah tercakap yer.. hehehe...
Di sebabkan kebosanan tahap gaban dah, tetiba perut pu terasa nak makan Asam laksa dekat asam house IOI mall kan. dengan pantas dan tuntasnyer kira capai tudung jer, keluar dengan T-shirt jer hahaha.. memang cam minah indon plak aku rasa, ceit.. hehehe.. terus ke IOI mall and park betul-betul atas GSC yang dekat Asam house.. teruslah kita order asam laksa utk mama, and cucur udang untuk iman.. Oh iman tak makan pun, semua di habiskan oleh mamanya.. hehehe..
dah siap tu kita balik lah, sebab tujuan datang tadi memang sajer nak makan asam laksa kan, dah habis chow lah. malas nak merayap ni. nak naik escalator tuh kena lalu satu tempat yang main game tu.. apa ke nama tah.. kat pintu tulis "di larang masuk bagi yang berumur 18 (ker 16 ek) tahun" tapi aku tengok dalam tu ada sorang budak lelaki umur lebih kurang 5-6 thn kot.. mak dia pun ada pegang baby.. ish ish ish kecik-kecik dah ajar anak-anak main benda cenggini. kang dah besar anak-anak ponteng sekolah pulak gi tempat-tempat cenggini.. sapa yang salah.. time tu mulalah salahkan orang lain, kononnya pengaruh rakan sebaya bagai lah kan..
Bagi aku yang kuno nih, tak elok dedahkan anak-anak kecik dengan benda-benda macam ni. Anak aku pun kalau bapaknya nak belikan mainan yang tak semengah ker, ape-apa yang aku rasa cam tak berbaloi baik tak payah lah. sebab apa?? tak nak lah ajar anak dari kecik semua dapat kan. biar dia ada usaha sket bila besar. Tak lah asyik kalau mintak jer dapat. Rosak anak aku nanti..
Tapi pendapat orang lain tak tau lah. cumanya doa ku hari-hari agar di jauhkan anak-anak dari kesesatan. di pelihara iman mereka bila besar. jadi anak yang soleh & solehah kan.. hehehe

Thursday, November 11, 2010
iman makin sensetif
sejak dua menjak aku pregnant nih kan.. iman makin kuat merajuk.. sensetif yng amat.. marah sket jer. terus merajuk, terus menitis air mata.. alahai.. apakh tandanya itu??
hahaha.. aku plak suka sesangat menyakat iman nih.. suka tengok muka sedih dia.. hohoho... harap2 tak lama lah perangai cenggitu kan.. tahun depan bulan january nak masuk sekolah dah.. tak boleh cengeng sangat ya kakak..
dah kena tukar panggil kakak dah.. no more adik .. hehehe

hari yang memenatkan..
dah beberapa hari tak sempat nak pegang lappy nih lelama.. hohoho mak kebusyan yang amat noq.. hahaha..kenapa?? pegi mana?? jap nak cite satu-satu nih..
alkisahnya bermula malam sabtu bila adik ipar aku kena tahan kat lokap.. bengong kejap aku dengan pening nya tahan nak muntah dok melangut kat balai polis sampai kul 3 pagi kan.. hahaha... selasa husband aku cakap jom gi balai polis, sebab pihak universiti dia pun akan pergi jugak.. pegi lah kesana.. dia dok tegak benang basah dia tu.. sekali pandang nak jer aku tampar muka adir ipar aku.. ko suka dengan pompuan yang macam pelacur tu sampai ko bawak masalah dengan family ko, ko tak fikir ayah ko last month baru lepas masuk CCU.. ko memang bangang.. tapi of course dia tak paham aku cakap in malay kan.. muahahah..
Ada ke patut dia suh aku pegi merayu kat ex GF dia suh tarik balik report.. oh no no no... thats not me hokeyy.. tapi mengenangkan bapak mertua aku yang nerd tu kan.. aku call jugak that indian man yang buat report.. tapi dia cakap boleh tarik balik report kalau my husband belikan tiket nak hantar adik ipar aku nih balik ke negara dia keesokan arinya. so malas nk deal aku letak jer lah tel..
Semalam sebutan kes kat kompleks mahkamah PJ.. wahh aku dengan berbaju kurung lagi pergi mahkamah.. hhohoho.. kita punya lawyer tak datang hari ni sebab katanya sebutan kes jer.. dia dah ajar cara2 nak jawap soalan hakim lah kan.. yes hakim panggil mak, noq masuk ke dalam tanya ada apa2 rayuan ke.. berdebar jer rasa.. ok lah ikat jamin di kuran kan dari 4k satu kes jadik 2k satu kes.. so total 2 kes adalah 4k...
balik tuh boleh dia dok gaduh dengan laki mak depan ayah dia.. ish ish ish memang tak sedar di untung sungguh lah orang cam tu.. memang susah nak control.. menci plak aku tengok.. k lain kali sambung yer

Monday, November 8, 2010
chocolate dream...
tak berupdate blog sejak kemualan dan keloyaan semakin menjadi-jadi neh.. nges nges nges.. tapiiii.. ada tapiii walaupun tengah pening-pening.. sempat lagi aku join satu kelas buat coklat ni.. aku boleh lah buat coklat sendiri tapi nak tahu gak teknik-teknik orang lain ni kan.. mendalami lagi ilmu sebelum memulakan bisness coklat nih.. hehehe.. sekarang aku dah yakin dah dengan diri aku..
ni masa gi kelas chocolate ari tu lah.. best-best,,.. lani saya dah berkeyakinan dah.. okehh.. nanti saya update lagi gambar-gambar ya.. hehehe
ni masa gi kelas chocolate ari tu lah.. best-best,,.. lani saya dah berkeyakinan dah.. okehh.. nanti saya update lagi gambar-gambar ya.. hehehe
Sunday, November 7, 2010
Som Tam
Ini adalah som tam.. fuuhhh kecur liur aku tengok walau hanya gambar.. nges nges..
Ni lah lebih kurang bahan-bahan dan juga cara-cara nak buat som tam..
Ikut apa yang di baca.. Som tam asalnya dari Thailand yang juga di panggil Som tum ataupun Tam bak Hung... wah belajar pengetahuan am lah pulak.. hehe..
Alkisahnya petang tadi nak pegi jalan-jalan rumah sahabat ku sedari sekolah rendah lagi lah.. Puan Zulawati.. umah dia kat puchong puteri.. dah dalam perjalanan tuh ternampak giant, teringat masa aku nak makan som tam masa bula posa ari tu, kawan aku mok kak suh gi beli kat situ lah.. so terus aku melencong ke Giant Puchong Puteri..
Dengan Malu-malunya aku tanya kakak yang jual tu "Som tam Ada?".."Ada.. mau berapa?".. hahaha aku pun apa lagi.."Saya nak 3 bungkus ya.." nges nges.. 2 bungkus bawak makan umah kawan aku.. bestnyaaa... lagi sebungkus aku bwk balik makan kt umah.. sedap nya sampai skrg pun still terbayang-bayang keenakkannya..
Masa bulan posa tu try lah nak buat kan.. tapi hancusss.. beli betik, betik plak dah masak, pastu tak de gula khas dia plak tu.. memang tak sedap langsung lah nak makan pun.. ni dah terubat rasanya.. cam esok nak pegi beli lagi jer.. hehehe
Saturday, November 6, 2010
Gunung Merapi memuntahkan isi perutnya
Maha Besar Allah.. Gunung Merapi makin galak memuntahkan debu panas dan lahar dari perutnya.. Sudah mencecah ke angka 100 korban letusan gunung merapi..
Ada juga mayat yang di jumpai sedang berbaring di atas katil ketika debu panas mencecahkan kaki ke kawasan kediaman mereka.. sedih melihat keadaan ini.. dua bencana alam sekaligus.. Tsunami juga berulang kembali.. Apakah kita masih sempat untuk kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta sekalian Alam ini??
Diharap agar kaum keluarga yang kehilangan Ahli keluarga agar tabah menghadapi dugaan hidup ini.. Al fatihah untuk saudara se islam yang meninggal dunia, kembali kepada penciptanya dalam kejadian ini..
Thursday, November 4, 2010
akhirnya asam laksa sampai ke perut...
yezzaa.. dah 2 3 hari ngidam nak makan assam laksa kan.. tak jugak dapat-dapat.. benda-benda cenggini kena carik sendiri lah yer.. sebab nk suruh laki aku pegi beli.. adoiii cam susah dia nak menyebutnya kan.. ngeh ngeh ngeh..
hari ni ada alasan nk keluar lah kan.. nak gi beli bedsheet tuk bilik bapak mertuaku.. hehehe.. berdesup gi ioi mall kul 10.30 pagi.. ooo masih awal.. dah dapat apa yang di cari akhirnya kita cuci2 mata.. sekali food court kat jusco dah bukak.. ingat nak makan sizling sekali kuah dia tak masak lagi lah pulak.. hmmm.. kita makan jer lah asam laksa, walau aku tengok kuah dia cam tak sedap jer.. heheh..
dah siap bayar, ambik makanan dok kat meja. iman cuma minum air milo jer.. sekali makan.. hmmm tak sedapnya.. nak pegi kat assaml house awal lagi mesti tak bukak ni.. haish.. akhirnya telan gak lah separuh.. tak pe nanti ada masa kita pegi lagi..

Hmmmm...
Semalam tak sempat nak mengupdate kan.. semalam alkisahnya aku gi klinik nak buat check up.. atas nasihat kawan ku jugak suh g scan nk tgk baby punya heart beat normal ke tidak kan..
Pergilah ke klinik dekat rumah jer lah kan.. doctor buat urine test cakap yess its positive lah kan.. then nak scan.. tiba2.. ish iish mendebarkan aku sungguh.. doktor cakap estimate pregnant is 8 weeks, tapi kenapa nampak kecik jer bila scan.. duuppp jantung cam berhenti berdegup jer..
Dah dekat 30 minit doktor tu check punya check kan... so conclusion nya, doktor cakap maybe yes pregnant tapi tak menjadi.. janin makin mengecil sebelum gugur.. untuk kepastian lagi seminggu nk kena pegi check balik.. Mintak2 tak ada pape lah kan.. risau lah jugak..

Tuesday, November 2, 2010
Asam laksa...
Wahhh.. tetiba saya teringin nak makan asam laksa.. uish kecur liur rasanya.. hmmm... sekarang saya tengah berfikir kat mana asam laksa yang sedap ya.. hehehe
Sedap kannnnn... 2 3 hari nih asyik dok makan MCd jer lah tuk lunch.. bosan sungguh.. x der orang pun nak ajak saya pegi lunch.. sob sob sob sedih tau..
Gaji dah dapat so apa kata kita g cari asam laksa yang best sekali.. ish ish ish

Once Upon A time
Ni kisah untuk di renungkan...
Last sunday.. isteri keluar ke majlis kenduri kawannya..Sudah di minta izin dari si suami.. Dan suami merelakannya.. Sebelum pergi, si isteri menyiapkan makanan bapa mertuanya, seperti yang di beritahu si suami bahawa ayahnya amat gemarkan Spaghetti.. Banyak yang di masak cukup sampai ke malam.
Pergilah si isteri ke majlis kawannya dengan hati yang tenang sebab kebenaran dari suami di perolehi dan juga tanggungjawap kepada bapa mertua pun dilunaskan.. Namunnnnn...
Dalam perjalanan pulang ke rumah.. si suami menelefon si isteri dalam keadaan marah...
"I take care of your family, Is this the way you pay me back? how can you treat my father like this?"
Si isteri cuma mendiamkan diri di sebabkan kawan yang ada sama dalam keretanya. Si isteri cuma mendengar bebelan suaminya.. Hatinya menangis, namun cuba di ceriakan di hadapan rakannya..
Semasa si ayah sakit di hospital, Si isteri yang menunggu ayahnya sementara suami menguruskan hal2 berkaitan lain. Semasa ayahnya keluar dari hospital, si isteri yang menguruskan ayahnya. Menyediakan makanan untuk si ayah mertua sehingga ke dalam bilik. Sebab mengikut kata doktor si ayah tak boleh terlalu banyak bergerak. Apa sahaja permintaan si ayah pasti si isteri akan cuba menyampaikan pada si suami supaya di turuti..
Hanya dengan satu kesilapan kecil, si suami ungkit segala yang di lakukan. Si isteri yang faham, hanya menangis di dalam hati. walau bermacam yang dikeluarkan dari mulut si suami, tidak di balas walau sepatah oleh si isteri. Akhirnya si suami lembut hati. Keesokan harinya si suami tidak lagi bermasam muka. namun hati isteri yang terlukan tidak pernah sembuh lukanya..
Mengapa begitu si suami. Hargailah si isteri sementara dia masih ada. Bapa mertuanya juga amat cerewet. memilih dalam makanan. Si isteri pulang dari kerja harus menyediakn makanan jika tidak di bawa pulang dari restoran. Moga si isteri tabah mengharungi dugaan dan cabaran..

Suri Cruise Tak nak Adik...
HUishhh.. macam-macam kan.. kekadang pikir gak.. wah cerdiknya Suri Cruise ni... Baru umur 4 tahun dah pandai cakap tak nak ada adik beradik lain sebab tak nak ibubapanya beralih perhatian. ish ish ish.. sungguh bijak.. kecik-kecik dah pandai jelous, dah pandai demand.. hehehe..
Tu kata bapanya lah, Suri bimbang kalau-kalau perhatian ibubapanya akan berkurangan, sebab si Suri ni teramat sukakan perhatian terutamanya dari kedua ibubapanya.. hmm.. macam-macam.. tu sebab dari kecik dah didedahkan dengan populariti bagai kan..
memang comel si suri ni.. tengok gayanya pun menarik.. ngeh ngeh ngeh.. suka tengok cara dia, tepi tiba-tiba terfikir.. cam mana life dia bila besar nanti.. kecik-kecik dah didedahkan dengan benda-benda cenggini. Tapi nak buek cam mano kan.. dah nama anak celebriti, tak boleh nak elakkan lah cenggini..

Monday, November 1, 2010
Aiskimmmm....
hahahaha... pikir- pikir.. apa kebenda aiskim ni kan.. hahah..tu bahasa iman untuk aiskrim.. ya anak dara aku nih tak leh sebut R dengan betul.. ngeh ngeh ngeh
Betapa comotnya iman makan Aiskim.. ni bukan maknya yang beli.. ni bibik depan rumah yang belikan .. hahaha .. lepas habis tu.. ngamuk2 suh aku belikan lagi.. hohoho.. maknya pun dgn senang hati start keta g kedai beli aiskim cornetto.. hahaha.. iman makan sket jer dah tak nak.. rupanya anakanda ku ni nak yang murah jer.. yes cenggitu lah anak ku...

Perut ketat..
Ada ke istilah perut ketat.. hahaha.. x kisah lah..Alkisahnya.. ahad kan kenduri umah Najwa,.. dia punya makanan marvellous.. hehehe ada plak gulai nangka favourite haku kan.. ish ish ish rasa cam nak menambah nasi jer.. ngeh ngeh ngeh..
Di sebabkan rasa gulai nangka seolah2 ada lagi kat tekak, rasa kecur liur nak makan gulai nangka lagi.. balik keje terus singgah pasar segar .. (actuall tu kedai mini market..hahaha) cari lah nangka.. seb baik ada, balik suh bibik rebus nangka.. Gulai lah ikut cara aku.. hehehe menjadi kooo.. sedapnya.. sampai sekarang perut rasa penuh sebab banyak sangat makan nasik.. uisshhhh.. sedap tak hengattt...

Pemandu Bas tiada Lesen
Ni nak citer sket lah pasal kemalangan maut bas kt genting sempah ritu kan.. ish ish ish.. kesian sungguh.. takziah untuk keluarga mangsa kemalangan .. 7 maut kan.. Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin sudah di takdirkan begitu cara kematian mereka. Tapi bila baca balik paper Metro.. ish ish ish.. rasa marah ngan hangin memang tak boleh nak halang lah kan.. Pemandu bas mengaku tak ada lesen memandu.. cam mana syarikat bas tu boleh bagi kepercayaan kepada manusia cenggini untuk bawak penumpang.. bukan lah sorang dua dalam bas tu kan..
5 Tahun bawak pas persiaran tu tak ada lesen.. hmmm.. kerajaan patut ambik tindakan ke atas syarikat bas persiaran itu sebab kurang rasa tanggungjawap.. ni kes nak untung jer lah. .. Katanya terpaksa driver bas sebab di paksa syarikat bas persiaran berkenaan walaupun tahu dia tiada lesen.. boleh di terima akal ke alasan cenggini.. walaupun dia dah mintak maaf dengan keluarga mangsa, kalau di fikirkan balik memang hukuman yang setimpal harus di kenakan..
Sekarang ni nak naik bas balik kampung ke pergi memana ke rasa cam tak selamat jer.. dalam masa sebulan 2 kali kemalangan ngeri berlaku.. mudah2an Roh mangsa yang meninggal di tempatkan di kalangan orang yang beriman (bagi muslim).. Al Fatihah untuk semua mangsa2 kemalangan...

Subscribe to:
Posts (Atom)